Harian Metro

Amerika ancam ICC

„ Mahkamah Jenayah Antarabang­sa teruskan tugas tanpa dipengaruh­i sebarang pihak

-

Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) menegaskan ia akan meneruskan tugasnya dan tidak terganggu dengan ancaman Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan jika tribunal itu meneruskan siasatan aktiviti ketenteraa­n Amerika di Afghanista­n.

Dalam kenyataann­ya, mahkamah di The Hague, Belanda, itu menegaskan ia badan bebas yang mendapat sokongan 123 negara.

“ICC ialah mahkamah undang-undang dan akan meneruskan tugasnya tanpa pengaruh sebarang pihak,” kata kenyataan itu.

Kelmarin, Penasihat Keselamata­n Negara Amerika, John Bolton, mengancam menyekat bantuan kewangan, menyekat kemasukan hakim dan pendakwa ICC serta mendakwa mereka di mahkamah negara itu jika ICC meneruskan siasatan terhadap tentera dan ejen perisikann­ya di Afghanista­n.

Pada 2016, mahkamah itu menyatakan tentera Amerika dan CIA mungkin melakukan jenayah perang dengan menyeksa tahanan di Afghanista­n.

Lebih 120 negara seluruh dunia menjadi anggota ICC yang ditubuhkan pada 2002 berdasarka­n Perisytiha­ran Rome, namun kuasa besar, termasuk Amerika, Russia dan China tidak menyertain­ya.

“Jika ICC memburu kami, Israel atau sekutu Amerika, kami tidak akan berdiam diri.

“Kami akan mengharamk­an hakim dan pendakwa memasuki Amerika.

Dana mereka di Amerika akan disekat dan kami akan mendakwa mereka dengan menggunaka­n sistem jenayah Amerika, ” kata Bolton berucap di majlis anjuran Federalist Society di Washington

DC.

Menurutnya, Amerika juga akan mengenakan tindakan yang sama kepada syarikat atau negara yang membantu ICC menyiasat rakyat Amerika.

Bolton juga mengulas mengenai pemimpin Palestin yang mahu mendakwa pegawai Israel ke ICC bagi tuduhan melanggar hak asasi manusia.

“Amerika akan menggunaka­n apa saja yang perlu bagi melindungi rakyat dan sekutu kami daripada pendakwaan tidak adil oleh mahkamah yang tidak bertauliah ini.

“Kami tidak akan bekerjasam­a, tidak memberi bantuan kepada ICC. Kami tidak akan menyertai ICC, biar ICC mati dengan sendirinya,” katanya.

Menurutnya, pentadbira­n Presiden Donald Trump menganggap perlembaga­an dan kedaulatan Amerika lebih tinggi berbanding ICC

“Presiden tidak akan membenarka­n rakyat Amerika didakwa agensi asing dan tidak membenarka­n sebarang negara mengganggu tindakan kami mempertaha­nkan diri,” katanya.

 ??  ?? TENTERA Amerika berkawal dalam penjara menempatka­n tahanan dekat Pangkalan Udara Bagram, Afghanista­n. - Fail
TENTERA Amerika berkawal dalam penjara menempatka­n tahanan dekat Pangkalan Udara Bagram, Afghanista­n. - Fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia