Harian Metro

Florence makin hampir

- AFP

„ Lebih 1 juta penduduk pindah elak taufan di pantai timur Amerika

Lebih sejuta penduduk diarahkan berpindah daripada laluan Taufan Florence semalam ketika ribut Kategori Empat itu mengumpul kekuatan angin mencecah 220 kilometer sejam menuju ke Pantai Timur Amerika Syarikat.

Gabenor Carolina Selatan, Henry McMaster memberitah­u sehingga sejuta penduduk di pantai timur negeri itu diminta supaya mengosongk­an kediaman mereka menjelang ketibaan ribut berkenaan, esok.

Sementara Gabenor Carolina Utara pula mengarahka­n pengosonga­n Outer Banks, destinasi pelanconga­n popular dan sebahagian pesisir pantai Daerah Dare, manakala darurat diisytihar­kan di Virginia.

“Ini taufan yang amat bahaya. Kami tidak mahu meletakkan satu nyawa pun dalam bahaya di Carolina Selatan.

“Kita akan berhadapan banjir besar,” katanya pada sidang akhbar, menambah arahan pemindahan bagi wilayah pesisir pantai adalah ‘mandatori, bukan sukarela.’

Taufan Florence berpotensi membawa bencana banjir ke kawasan di timur AS yang sudah pun menerima hujan lebat dan mungkin menjadi ribut paling kuat pernah melanda wilayah itu dalam masa beberapa dekad.

Berada pada Kategori Empat daripada skala lima tahap Saffir-Simpson, Florence berada 844 kilometer ke selatan tenggara Bermuda dan pusat taufan diramal melepasi antara Bermuda dan Bahamas hari ini dan esok, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) dalam amaran yang dikeluarka­n pada jam 5 petang waktu tempatan semalam.

Buat masa ini, Florence bergerak ke barat pada kelajuan 20 kilometer sejam.

“Florence terus kuat dengan cepat. Ia dijangka menjadi taufan amat bahaya menjelang Khamis ini,” kata NHC.

 ?? NHC ?? ORANG ramai menunggu untuk membeli propana sebagai persediaan menghadapi Taufan Florence di Myrtle Beach, Carolina Selatan. - Reuters Tahap kekuatan Florence meningkat cepat, dijangka menjadi taufan amat bahaya menjelang Khamis ini”
NHC ORANG ramai menunggu untuk membeli propana sebagai persediaan menghadapi Taufan Florence di Myrtle Beach, Carolina Selatan. - Reuters Tahap kekuatan Florence meningkat cepat, dijangka menjadi taufan amat bahaya menjelang Khamis ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia