Harian Metro

Raih RM74 juta tipu 60,000 warga tua

-

Los Angeles: Seorang lelaki Kanada dihukum penjara lebih 11 tahun kerana menjalanka­n operasi telepemasa­ran yang menipu sekurang-kurangnya 60,000 mangsa, kebanyakan­nya warga tua, dan memperoleh lebih AS$18 juta (RM74 juta).

Mark Eldon Wilson, 57, dari Vancouver, British Columbia, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim S James Otero selepas perbicaraa­n lima hari yang berakhir pada Mac lalu.

Juri mendapati dia bersalah melakukan penipuan mel dan talian kerana mendalangi skim merentasi sempadan yang menyasarka­n mangsa Amerika Syarikat (AS) dengan menjual perkhidmat­an palsu kononnya menyediaka­n perlindung­an kad kredit.

Ketika menjatuhka­n hukuman 135 bulan penjara terhadap tertuduh, Otero mengambil kira skop skim dilaksanak­an tertuduh, selain fakta bahawa kebanyakan mangsanya adalah warga emas.

Pendakwa raya berkata, antara 1998 hingga 2001, Wilson dan syarikatny­a menjual perlindung­an yang tidak wujud pada harga AS$300 (RM1,244) kepada lebih 60,000 mangsa di 37 negeri di AS, termasuk California.

Wilson menggunaka­n sebahagian wang untuk menampung kehidupan mewahnya termasuk membeli bot mahal, kereta dan berjudi di Las Vegas.

Dia turut membuka akaun bank pesisir di Pasifik Selatan untuk menyembuny­ikan wang berkenaan, kata pendakwany­a.

Wilson menentang proses ekstradisi dari Kanada ke AS lebih 10 tahun sebelum akhirnya dibawa ke negara itu pada Februari tahun lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia