Harian Metro

Wira mati pertahan ibu

-

Beijing: Seorang pemuda berusia 23 tahun mati sebagai wira apabila mempertaha­nkan ibunya daripada menjadi mangsa peragut di sebuah pasar sayur di utara China.

Kejadian berlaku pada jam 7 pagi, Sabtu lalu di Wuji, wilayah Hebei itu, ketika mangsa diminta menemani ibunya ke pasar untuk membeli barang dapur selepas wanita itu menyuaraka­n kebimbanga­n disasarkan peragut.

Menurutnya, tiga hari sebelum itu dia diancam seorang lelaki yang diketahui peragut ketika pergi ke pasar itu, lapor Thepaper.cn.

“Sabtu lalu saya meminta anak saya menemani ke pasar kerana menyangka, jika ada lelaki saya tidak akan diganggu. Namun ketika pulang ke kereta, saya dikejar seorang lelaki.

“Anak yang berada dalam kereta menunggu saya terus keluar dan menolak saya ke belakang sebelum penyerang itu tiba-tiba mengeluark­an pisau.

“Anak saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa. Saya suruh dia lari, namun dia terus berdiri melindungi saya sebelum ditikam beberapa kali. Anak saya rebah dengan tangannya di dada,” katanya.

Seorang peniaga dan beberapa orang awam turut cedera ketika cuba menangkap suspek, lapor South China Morning Post.

Mangsa yang identitiny­a tidak didedahkan itu mempunyai isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun. Seorang lelaki berusia 31 tahun sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Orang awam yang bersimpati dengan nasib mangsa mengumpulk­an derma 2,000 yuan (RM1,200) untuk isteri dan anaknya. Agensi

 ??  ?? SEORANG lelaki ditikam ketika cuba melindungi ibunya daripada peragut. - Agensi
SEORANG lelaki ditikam ketika cuba melindungi ibunya daripada peragut. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia