Harian Metro

Penangan dua gol lewat Akbaba benam Sweden

-

Stockholm: Pemain gantian Turki, Emre Akbaba meledak dua gol lewat untuk meraih kemenangan mengagumka­n 3-2 ke atas Sweden pada aksi Liga Negara Eropah ketika pelawat bangkit daripada ketinggala­n dua gol di Arena Friends, awal pagi semalam. Pemain tengah itu merembat masuk hantaran Cenk Tosun untuk menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat dan kemudian menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Robin Olsen, untuk merakam kemenangan di depan beribu-ribu penyokong Turki dalam kalangan penonton.

Turki, yang tewas 1-2 di laman sendiri kepada Russia pada perlawanan pertama Liga B Kumpulan 2, bermula baik dan menguasai bola namun kekurangan kualiti bila berada dalam kotak penalti lawan.

Sweden mendahului pada aksi pertama mereka dalam Liga Negara Eropah itu apabila Isaac Kiese-Thelin menjaringk­an gol 10 minit sebelum rehat, sepakannya susulan tandukan Viktor Claesson terkena tiang sebelum merembat masuk bola muntah.

Claesson sendiri menambah gol kedua empat minit selepas rehat, meluru di sebelah sayap kiri sebelum melepaskan rembatan kencang dari jarak jauh yang menerjah jaring.

Hakan Calhanoglu pantas menghidupk­an peluang Turki, merapatkan jurang dua minit kemudian dengan sepakan yang terbias, sekali gus mengeliruk­an Olsen.

Sweden dengan kehebatan mereka bertahan membantu layak ke suku akhir Piala Dunia di Russia tahun ini sebelum ditewaskan oleh England, mempunyai beberapa peluang untuk mengukuhka­n kedudukan namun Akbaba menafikan hajat mereka meraih tiga mata. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia