Harian Metro

Macam budakbudak... J

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

ohor dan Terengganu diberi masa hingga hari ini untuk menjawab pertuduhan ekoran pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19, kelmarin.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail

berkata, sebuah jawatankua­sa khas dibentuk dan isu itu sudah dirujuk kepada Jawatankua­sa Disiplin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kita sudah mendapat laporan pengadil perlawanan, pegawai pertanding­an dan menyerahka­nnya kepada FAM.

“Johor dan Terengganu perlu menjawab pertuduhan terhadap mereka selewat-lewatnya pada 12 September,” katanya dalam sidang media di Pusat Media SUKMA di Jabatan Belia dan Sukan negeri semalam.

Insiden pergaduhan itu berlaku pada penghujung perlawanan Kumpulan B, di Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dimenangi Terengganu 2-1.

Video kejadian itu turut

(gambar),

menjadi viral di laman sosial sejak petang kelmarin.

Shapawi yang memandang serius kejadian itu meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

“Kita berharap atlet tidak bertindak mengikut perasaan serta mengawal emosi.

“Mereka tidak boleh mengambil tindakan yang akan mencemar kedudukan dan juga nama baik negeri dan pasukan masing-masing.

“Jika ada yang tidak berpuas hati, gunakan saluran yang betul untuk membuat bantahan,” katanya.

Shapawi berharap insiden seumpama itu tidak berulang dan gejala seumpama itu tidak menular ke acara sukan lain sepanjang temasya dwitahunan berkenaan.

Semalam, Sukan NSTP menyiarkan kenyataan Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards yang mengkritik mutu pengadilan di SUKMA Perak.

Dalam satu kenyataan di JOHOR Southern Tigers, hari ini, Alistair mendakwa kegagalan pengadil mengawal perlawanan dengan baik sebagai punca berlakunya pergaduhan dan menggesa FAM melihat standard pengadil yang disediakan untuk kejohanan itu.

„ Shapawi mahu Johor, Terengganu jawab pertuduhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia