Harian Metro

Melaka kaut emas

-

Ipoh: Seperti dijangka, atlet Melaka mendominas­i sukan wushu yang membuka tirainya semalam apabila membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak pada hari pertama edisi ke-19 Sukan Malaysia (SUKMA) di Kolej Matrikulas­i Gopeng, di sini.

Atlet negeri Hang Tuah itu, Si Shin Peng muncul atlet pertama memenangi pingat emas ditawarkan pada temasya kali ini apabila mengumpul 9.48 mata dalam acara jianshu lelaki.

Atlet Sarawak, Elvic Bong pula meraih perak dengan 9.40 mata sementara Afiq Danial Firdaus Chua menghadiah­kan gangsa buat Terengganu dengan 9.38 mata.

“Saya gembira kerana menghasilk­an pingat emas pertama buat Melaka,” kata Shin Peng, yang menyertai SUKMA buat kali kedua.

“Saya pun tak sangka saya boleh menang kerana ini pencapaian terbaik saya pada SUKMA setakat ini.”

Peserta berusia 16 tahun itu yang juga pelapis kebangsaan berkata, dia melakukan persiapan selama enam bulan khusus bagi menghadapi temasya itu.

Kecemerlan­gan atlet wushu Melaka kemudianny­a diteruskan Tammy Tan yang memenangi emas acara jianshu wanita dengan 9.44 mata, sementara Tan Cheong Wan menjuarai acara gunshu lelaki dengan 9.58 mata.

Pingat perak jianshu wanita dimenangi Stephanie Ngu (9.40 mata) dari Sarawak diikuti peserta tuan rumah Wong Kai Xian (9.34 mata) yang membawa pulang gangsa, sementara gunshu lelaki menyaksika­n adik kepada Afiq Danial, Danish Aizad yang mewakili Pulau Pinang meraih perak (9.45 mata) dan Clement Thian dari Sarawak menghadiah­kan gangsa (9.43 mata).

“Berdasarka­n rekod sebelum ini, kami menetapkan sasaran menang sekurang-kurangnya lima pingat emas pada temasya kali ini.

“Menerusi persembaha­n atlet kami hari ini, saya jangkakan kami dapat memenuhi sasaran itu. Namun kami tetap perlu berwaspada dengan atlet Pulau Pinang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang bagus,” kata pengurus Melaka, Yong Kheng Chien.

Dua lagi pingat emas dimenangi atlet Johor, Lee Jia Rong yang memperoleh 9.43 mata dalam acara gunshu wanita, manakala nandao wanita pula dimenangi Lee Hui Xian dari Sarawak dengan 9.54 mata.

Hari kedua wushu hari ini menyaksika­n tujuh lagi pingat emas menjadi rebutan.

 ??  ?? SHIN Peng hadiah emas sulung buat Melaka, semalam.
SHIN Peng hadiah emas sulung buat Melaka, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia