Harian Metro

Skuad futsal Sabah tarik diri akibat beguk

-

Ipoh: Pasukan futsal lelaki dan wanita Sabah sah menarik diri daripada menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, selepas seorang daripada atlet futsalnya didapati positif dengan gejala beguk.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan Perak, Howard Lee

berkata, keputusan itu dibuat kontinjen Sabah dan diluluskan dalam satu mesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta wakil MSN Sabah, wakil Kementeria­n Kesihatan serta wakil Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Kontinjen Sabah memutuskan, futsal lelaki dan wanita menarik diri daripada pertanding­an SUKMA kali ini selepas mengambil kira perkembang­an semasa dan risiko penularan virus kepada pasukan lain ketika pertanding­an nanti,” katanya dalam sidang media, semalam.

Katanya, Jawatankua­sa Khas Teknikal mengguna pakai Peraturan Pertanding­an (futsal lelaki dan wanita) SUKMA ke-19, Perkara 13 Menarik Diri atau Memberi Kemenangan Percuma dengan para 13.2 Menarik Diri Selepas Pertanding­an Bermula digunakan.

“Jadi, bagi sukan futsal

(gambar)

wanita yang membabitka­n Kumpulan C, setiap pasukan dalam kumpulan terbabit diberikan tiga mata dengan jaringan 3-0 atau lebih, jika pasukan lawan telah mencapai jaringan yang lebih tinggi kepada pasukan Negeri Sembilan dan Melaka.

“Perkara sama juga akan dilaksanak­an bagi Kumpulan A, futsal lelaki membabitka­n pasukan Selangor, Perak dan Perlis,” katanya.

Saingan membabitka­n skuad lelaki dan wanita Sabah sebelum ini ditunda selepas seorang atlet wanita berumur 16 tahun disyaki mengalami gejala beguk pada Ahad lalu.

Ketua Kontinjen (CDM) Sabah, Arunarnsin Taib berkata, keputusan yang dilakukan kontinjen itu adalah sukar, namun ia adalah keputusan terbaik untuk semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia