Harian Metro

Sabah mampu jadi kuasa ekonomi

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

„ Miliki banyak aset, kawasan tanah, sumber asli

Sabah memiliki banyak kelebihan untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dengan kawasan tanah dan sumber asli yang banyak sebagai aset utamanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas untuk pertanian dan peladangan selain masyarakat serta sumber asli yang pelbagai untuk tarikan sektor pelanconga­n.

“Jika semua perancanga­n berjalan lancar, Sabah menjadi antara negeri pesat membangun dan tiada siapa yang dipinggirk­an daripada menikmati aliran pembanguna­n serta kemajuan negeri.

“Dalam hal ini, rakyat perlu membuka mata dan merebut setiap peluang yang ada untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negeri,” katanya pada ucapan sempena Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri semalam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Sehubungan itu, Mohd Shafie menggesa rakyat terus memastikan perpaduan antara satu sama lain dikekalkan selain bekerjasam­a ke arah membangunk­an negeri.

Terdahulu, Juhar pada ucapannya meminta rakyat meningkatk­an usaha ke arah kemajuan dan hidup yang lebih baik tanpa meminggirk­an sikap saling hormat-menghormat­i.

“Islam adalah sebagai panduan ke arah perpaduan dan kasih sayang, marilah kita bekerja keras ke arah keamanan dan hormat-menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

 ??  ?? JUHAR menyampaik­an Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2018 Peringkat Negeri Sabah kepada Datuk Matussin Awang Damit (dua kanan) sambil diperhatik­an Mohd Shafie di Wisma MUIS.
JUHAR menyampaik­an Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2018 Peringkat Negeri Sabah kepada Datuk Matussin Awang Damit (dua kanan) sambil diperhatik­an Mohd Shafie di Wisma MUIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia