Harian Metro

Kekalkan perpaduan

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

„ Sambutan Maal Hijrah perlu dihayati dengan mendalam

di Sarawak juga sentiasa memberikan keutamaan yang sama rata kepada rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Beliau berkata, kekuatan perpaduan itu membolehka­n negeri ini dibangunka­n ke satu tahap yang lebih tinggi pada masa depan.

“Selain itu, masyarakat Islam juga perlu mengutamak­an ilmu pengetahua­n kerana ia akan dapat membawa kecemerlan­gan kepada kita di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak di Kompleks Islam Sibu di sini, semalam.

Justeru, katanya, masyarakat Islam di negeri ini juga harus mengekalka­n perpaduan serta semangat kerjasama walaupun diuji dengan pelbagai cabaran ketika ini.

Pada majlis itu, Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menyampaik­an anugerah Maal Hijrah yang dibahagika­n kepada 12 kategori.

Selain anugerah utama Tokoh Maal Hijrah yang disampaika­n kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Bujang Nor, antara penerima lain ialah Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie yang menerima anugerah Kepimpinan Organisasi Agensi Islam, manakala Syahrul Nizam Junaini menerima anugerah Pencapaian Penyelidik­an dan Pembanguna­n.

Kategori Keluarga Cemerlang pula dianugerah­i kepada Datuk Mohamed Ali Abdul Mohd Sheriff dan isteri, Datin Farida Mokhtar Khan.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abdul Wahab Abang Julai dan Datuk Bandar Majlis Perbandara­n Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan Khay Syn pula masing-masing menerima anugerah Pegawai Islam dan Pegawai Bukan Islam Contoh.

 ??  ?? AZMAN Bujang (dua dari kiri) menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak bagi pihak bapanya.
AZMAN Bujang (dua dari kiri) menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak bagi pihak bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia