Harian Metro

Bakti tanpa mengira bangsa, agama

-

Bintulu: Nama seorang lelaki berketurun­an Cina, Francis Ngu Hown Hua cukup dikenali masyarakat pelbagai kaum di sini.

Mesra disapa Francis, lelaki berusia 43 tahun itu dikenali kerana kesungguha­nnya melakukan kerja amal dengan penuh ikhlas mengikut kemampuan serta cara beliau sendiri.

Dalam melaksanak­an kerja amalnya, Francis menggunaka­n wang hasil perniagaan iklan dalam talian yang diusahakan­nya.

“Saya membantu golongan kurang bernasib baik serta memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

“Hari ini hari mereka, hari kita memerlukan bantuan, kita tidak tahu. Sebab itu, saya sedia membantu golongan ini meringanka­n beban ketika mereka menghadapi kesulitan,” katanya.

Beliau mendapat bantuan empat rakannya yang berbangsa Melayu bagi menyalurka­n bantuan kepada kumpulan sasar menerusi Program ‘Extrameal’ dilancarka­nnya sejak tiga tahun lalu.

“Saya bersama beberapa rakan sudah menghulurk­an bantuan kepada lebih 50 individu berpendapa­tan rendah termasuk gelandanga­n, anak yatim, warga emas dan ibu tunggal. Niat saya hanyalah untuk membantu dalam meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka,” katanya.

Francis yang juga pengasas laman sosial Facebook Bintulu News berkata, beliau puas jika dapat membantu pelbagai lapisan masyarakat terutama yang hidup susah serta belum lagi mendapat bantuan sewajarnya daripada jabatan atau agensi berkaitan.

Menerusi Bintulu News, Francis dapat mengesan mana-mana individu yang memerlukan bantuan dan dia sendiri akan menjenguk keadaan individu terbabit sebelum menyalurka­n bantuan sewajarnya.

“Walaupun golongan yang dibantu datang dari latar belakang berbeza, kita semua harus ingat bahawa masalah yang dihadapi adalah sama iaitu kemiskinan yang mewujudkan pelbagai masalah lain serta isu sosial yang lain,” katanya.

Usaha Francis melakukan kerja amal itu turut menarik minat sukarelawa­n Melayu, Iban serta etnik lain di Bintulu untuk bersama membantuny­a.

“Usaha seperti ini adalah satu titik tolak bagi menghidupk­an semula semangat perpaduan serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? FRANCIS merakamkan kenangan bersama kanak-kanak pelbagai bangsa di kawasan setinggan.
FRANCIS merakamkan kenangan bersama kanak-kanak pelbagai bangsa di kawasan setinggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia