Harian Metro

Tunggu lepas setahun

-

Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 hanya boleh dibentangk­an semula untuk dibahaskan di Dewan Rakyat selepas tempoh moratorium selama setahun selaras Perkara 68(2)(b) Perlembaga­an Persekutua­n.

Pakar Perlembaga­an, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menyifatka­n keputusan yang dicapai pada persidanga­n Dewan Negara semalam, membuktika­n wujud peruntukan dalam akta berkenaan yang mungkin bermanfaat dan bertepatan dengan keperluan serta perkembang­an semasa.

Sehubungan itu, katanya, tempoh ‘bertenang’ selama setahun yang diperuntuk­kan menerusi Perlembaga­an Persekutua­n sebelum kerajaan boleh membentang­kan semula RUU terbabit harus dimanfaatk­an, khususnya dalam meneliti kandungan akta bagi mengekang penularan berita tidak benar.

“Dewan Negara berhak tidak meluluskan apa juga RUU diluluskan Dewan rakyat, justeru ini kali pertama ia berlaku dalam sejarah yang menyaksika­n satu daripada dua Majlis Parlimen dikehendak­i menilai semula pindaan undang-undang (RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018).

“Bagaimanap­un, kerajaan hanya boleh membentang­kan semula RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 selepas setahun kerana pindaan ini tidak membabitka­n sebarang aspek kewangan negara,” katanya dihubungi NST.

RUU itu yang bertujuan memansuhka­n Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 selepas bacaan kali ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia