Harian Metro

75% kedai kena GST dikecuali SST

-

Putrajaya: Sebanyak 75 peratus daripada kedai dan restoran yang sebelum ini tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tidak dikenakan

Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) selepas nilai ambang SST dinaikkan kepada RM1.5 juta berbanding RM500,000 di bawah GST.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini bermakna hanya restoran mempunyai pendapatan melebihi nilai ambang RM1.5 juta setahun saja yang dikenakan SST enam peratus kepada pengguna.

Beliau berkata, nilai ambang ditetapkan bagi SST tiga kali ganda lebih tinggi berbanding GST.

“Ada 4,372 restoran mendaftark­an perniagaan masing-masing di bawah SST berbanding 17,574 restoran di bawah GST sebelum ini.

“Kami ingin memaklumka­n kesan SST jauh lebih kurang daripada GST apabila hanya

25 peratus daripada restoran dan kedai kopi tertakluk di bawah SST,” katanya.

Katanya, beliau menjelaska­n cukai perkhidmat­an enam peratus dikenakan di bawah SST sama seperti dilakukan ketika GST dilaksanak­an.

Guan Eng berkata, pelaksanaa­n SST menyaksika­n pengguna menikmati harga kereta lebih rendah selepas lima jenama kenderaan iaitu Perodua, Honda, Toyota, Volkswagen dan BMW menawarkan penguranga­n harga antara RM2,000 hingga

RM3,000.

Selain itu, katanya, kementeria­n juga akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia bagi membincang­kan sama ada persatuan itu dapat mengikut jejak REHDA Pulau Pinang yang mengurangk­an harga rumah 10 peratus bagi rumah berharga lebih RM300,000 di negeri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia