Harian Metro

Bekas penjaga gol Pulau Pinang lumpuh

-

Tasek Gelugor: Hidup bekas penjaga gol bola sepak Pulau Pinang yang selama ini ceria kini bertukar hiba apabila dia hanya mampu terbaring lemah di atas katil ekoran lumpuh separuh badan selepas terbabit kemalangan jalan raya, bulan lalu.

Adnan Mat Kasa, 52, yang menyertai Skuad Harimau Kumbang sekitar 1985 meninggalk­an arena bola sepak beberapa tahun kemudian sebelum menjadi jurulatih kepada pasukan bola di sebuah sekolah hingga hari ini.

Bagaimanap­un, sebaik terbabit kemalangan ketika pulang membeli barang untuk berniaga 18 Ogos lalu, kehidupann­ya bertukar apabila dia kini terlantar dengan mengharapk­an bantuan alat pernafasan.

Anak ketiganya, Nor Fatihah, 24, berkata, anggota badan bapanya menjadi separa lumpuh selepas berlaku pendarahan pada otak akibat hentakan kuat ekoran kemalangan.

“Abah tidak mempunyai sebarang penyakit kronik sebelum ini namun akibat kemalangan itu kepalanya terhentak di atas permukaan jalan dan menyebabka­n berlakunya pendarahan dalam otak,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Nyior Sebatang di sini, semalam.

Terdahulu, ahli keluarga berkenaan menerima kunjungan beberapa wakil Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua Muhammad Yusoff Mohd Noor.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Adnan yang menunggang motosikaln­ya dipercayai terlanggar babi hutan yang tiba-tiba melintas berhampira­n kawasan rekreasi dekat Air Hitam.

Nasib Amarul Hafiz Mohd Shah, 16, yang mengambil upah menguli tepung roti canai bagi menampung perbelanja­an harian keluargany­a termasuk menjaga ibunya yang kudung kaki kanan semakin terbela apabila menerima bantuan ketuhar baharu.

Kegigihann­ya mencari pendapatan untuk membantu keluargany­a mendapat perhatian ramai selepas kisahnya itu dilaporkan Harian Metro pada 2 September lalu.

Sejak itu, dia bukan saja mendapat sumbangan wang ringgit, tetapi turut menerima ketuhar baharu bagi menggantik­an yang rosak untuk membuat kek dan baulu.

Amarul Hafiz turut menerima kunjungan pengurusan Pasaraya Econsave Forest Height, Senawang, semalam yang tampil memberi baucar RM1,000 untuk dia membeli barangan keperluan harian di pasar raya berkenaan.

Menurutnya, dia dan ibunya, Rohaya Ahmad, 48, mengucapka­n terima kasih atas

 ??  ?? WAKIL Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang dan Muhammad Yusoff (kanan) melihat keadaan Adnan yang kini terlantar.
WAKIL Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang dan Muhammad Yusoff (kanan) melihat keadaan Adnan yang kini terlantar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia