Harian Metro

Sokong tambah elaun guru kawasan kritikal

-

“Menerusi langkah itu, kami percaya ia dapat meningkatk­an lagi keberkesan­an tugas guru, sekali gus memberi manfaat kepada murid dan pelajar yang menerima didikan daripada guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, berhubung cadangan pemberian elaun khas kepada guru yang mengajar di kawasan kritikal terutama bandar besar seperti di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Cadangan itu dipertimba­ngkan sebagai galakan kepada guru untuk ditempatka­n di kawasan kritikal bagi menyelesai­kan isu kekurangan guru yang disebabkan ada guru enggan ditempatka­n di bandar besar seperti Johor Bahru kerana kos hidup yang tinggi.

Sementara itu, Hussein berkata, di Sabah, selain keperluan elaun tambahan untuk guru di kawasan kritikal, pihaknya berharap Kementeria­n Pendidikan mempercepa­tkan pembanguna­n prasarana pendidikan bagi menyelesai­kan isu sekolah daif.

“Walaupun kita tahu kerajaan sudah memberi jaminan untuk menangani isu itu tetapi kita mahu langkah mempercepa­tkannya diambil supaya masalah sekolah daif yang dihadapi murid dan pelajar di negeri ini dapat diselesaik­an segera.

“Masalah ini bukan saja di kawasan luar bandar, malah di kawasan bandar juga terutama yang membabitka­n pembaikan kecil sekolah. Ia juga penting bagi memastikan keselesaan guru, murid dan pelajar,” katanya.

 ?? Hussien Basir ?? Menerusi langkah itu, kami percaya ia dapat meningkatk­an lagi keberkesan­an tugas guru”
Hussien Basir Menerusi langkah itu, kami percaya ia dapat meningkatk­an lagi keberkesan­an tugas guru”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia