Harian Metro

Tunggang kuda banyak manfaat

-

Terapi haiwan bantu perkembang­an

emosi, fizikal dan sosial manusia

Pusat intervensi awal holistik untuk kanak-kanak keperluan khas Animals for Young (AFY) baru-baru ini menganjurk­an program terapi kuda, Horses for Young sebagai pendedahan kepada umum keberkesan­an terapi kuda untuk memulih dan membangkit­kan keyakinan diri pada kanak-kanak istimewa.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari pada 17 hingga 19 Ogos lalu di IOI City Mall Putrajaya itu bukan saja bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai autisme malah menyebarka­n mesej positif dan penerimaan terhadap masalah berkenaan dalam kalangan orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khususnya untuk kanak-kanak.

Antara yang menarik minat pengunjung ialah cabaran menunggang kuda mainan (Hobbyhorse Riding), apabila mereka akan bersaing dengan kuda mainan sendiri untuk menjadi pelumba terpantas.

Halangan bagi pertanding­an ini dibina untuk memberi manfaat kepada perkembang­an kanak-kanak merangkumi persepsi visual-pendengara­ntaktil, kemahiran motor, koordinasi imbangan, kemahiran motor halus dan permainan kreatif.

Hobbyhorse dikenali sebagai sukan yang agak baru di Asia. Bagaimanap­un, di Finland ia agak terkenal apabila kejohanan tahunan dianjurkan mengumpulk­an peminat Hobbyhorse di negara itu. Oleh itu, ini adalah pertanding­an berasaskan Hobbyhorse yang pertama di Malaysia dianjurkan oleh Horses for Young.

Pengasas AFY Dr EJ Khew berkata, menunggang kuda bukan saja pengalaman menyeronok­kan malah ia turut memberi banyak manfaat kerana tumpuan semasa menunggang kuda memberikan kesan meditasi untuk penunggang.

Katanya, interaksi dan terapi melalui aktiviti berkaitan haiwan lebih holistik dan bermanfaat malah ramai yang tidak menyedari terapi haiwan turut membantu dalam perkembang­an emosi, fizikal dan sosial untuk manusia.

“Selaras arah tuju AFY menggunaka­n haiwan untuk membantu dalam perkembang­an kanakkanak yang sihat, lebih banyak aktiviti seperti ini akan dianjurkan untuk menggalakk­an dan membina kepentinga­n orang awam dengan haiwan serta keperluan autisme.

“Bahkan untuk sesuatu yang besar seperti kuda, kita juga mahu penyertaan kanak-kanak dari latar belakang berbeza dengan memperkena­lkan Cabaran Young HobbyHorse pertama di Malaysia, supaya anakanak dapat mula membina minat dan kesukaan terhadap kuda sebelum kita memperkena­lkan mereka kepada kuda sebenar.

“Penyelidik­an membuktika­n kanakkanak yang membesar dengan haiwan adalah lebih penyayang, bertanggun­gjawab dan positif secara sosial. Kami berharap dengan melakukan program seperti ini dapat membantu membina komuniti masa depan yang lebih positif,” katanya.

Penyelidik­an membuktika­n kanak-kanak yang membesar dengan

haiwan adalah lebih penyayang, bertanggun­gjawab dan positif secara

sosial

 ??  ?? TENGKU Munazirah bersama kanakkanak yang hadir.
TENGKU Munazirah bersama kanakkanak yang hadir.
 ??  ?? DR Khew dan Tengku Munazirah membantu kanak-kanak dalam aktiviti dijalankan.
DR Khew dan Tengku Munazirah membantu kanak-kanak dalam aktiviti dijalankan.
 ??  ?? DR Khew (dua dari kanan) bersama Pengasas The Hope Factory Malaysia Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj (tiga dari kanan) pada pelancaran Horses for Young.
DR Khew (dua dari kanan) bersama Pengasas The Hope Factory Malaysia Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj (tiga dari kanan) pada pelancaran Horses for Young.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia