Harian Metro

Lemak, manis kek cawan

- Yusliza Yakimir Abd Talib Yusliza@hmetro.com.my

Rasa dan teksturnya

lembut hadir dalam 4 rasa ikonik

Kek cawan sememangny­a digemari pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia. Rasanya yang lemak dan manis menjadi tarikan utama, selain bentuk dan pewarna yang digunakan.

Saiznya yang lebih kecil berbanding kek memudahkan sesiapa saja untuk membawanya, sama ada ke tempat kerja mahupun ke sekolah sebagai bekal.

Masa bekerja dan beriadah kadang-kadang mengganggu waktu makan untuk alas perut. Jadi, hidangan ini adalah pilihan tepat untuk dinikmati terutama ketika kesibukan tugas harian.

Diilhamkan oleh cinta tanpa syarat ibu di rumah, Massimo Chiffon in Cup dibakar segar dari hati menggunaka­n bahan premium yang dipilih teliti dan diadun dengan kasih sayang dalam kek cawan ini.

Gabungan simfoni tepung, telur, susu dengan kesempurna­an rasa kegemaran Malaysia, Massimo Chiffon in Cup hadir dalam empat rasa ikonik iaitu Klasik, Pandan Kelapa, Keju & Mocha yang ditawarkan untuk merangsang deria rasa dengan gigitan pertama.

Gabungan bahan yang segar dan enak pasti menambat selera anda dan sekali rasa, tidak mustahil ia sentiasa berada dalam stok simpanan di dapur anda.

Rasa dan teksturnya yang lembut dengan setiap gigitan membuatkan anda terbuai dengan keenakanny­a, manakala aroma wangi kek cawan Massimo pasti mengingatk­an anda dengan rasa seperti di rumah.

Anda boleh menikmati kek cawan ini pada bilabila masa sepanjang hari, sama ada sebagai hidangan semasa sarapan, snek ringan selepas makan tengahari atau makan malam.

Dengan saiz yang padat, ia juga mudah dibawa untuk perjalanan panjang, ketika bersantai bersama keluarga, malah sebagai hidangan di majlis keraian. Ia juga sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang mahu menikmati hidangan pencuci mulut enak ini di mana saja. Kek cawan ini boleh didapati di pasar raya besar dan kedai serbaneka di seluruh negara.

 ??  ?? KEK cawan Massimo boleh didapati dalam empat rasa.
KEK cawan Massimo boleh didapati dalam empat rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia