Harian Metro

Kulit bayi sentiasa kering, segar

-

Ramai ibu bapa semakin berilmu dalam memilih produk untuk bayi mereka. Kesedaran mulai timbul apabila memikirkan kulit si comel sangat lembut dan halus justeru tidak semua kelengkapa­n harian sesuai untuk si kecil.

Apatah lagi sekiranya ia perlu dipakai seharian seperti losen, mandian atau lampin pakai buang. Menyedari akan hal ini mendorong jenama lampin dan dan penjagaan bayi premium dari Jepun Kira Kira melancarka­n produk ini di Malaysia.

Menurut Pengarah Komersial MOOCC DSG Malaysia Sdn Bhd Patt Sue-Ann produk Kira

Kira direka selari dengan slogan Produk Berkualiti Melalui Kesederhan­aan. Dengan inovatif teknologi Jepun, penghasila­n lampin menerusi jenis pita lekat dan juga seluar premium ultra lembut dan berangin dapat memastikan bayi kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari.

“Sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet menawarkan penyerapan pantas dan berkesan bagi mengekalka­n kulit bayi agar sentiasa kering dan segar. Bagi membolehka­n bayi tetap selasa dan bergaya, kami menggunaka­n corak lampin kawaii (comel) untuk si kecil,” katanya.

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers terdapat dalam ukuran Bayi Baru Lahir dan S diperbuat daripada bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dilengkapi penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masa untuk menukar lampin bagi mengelak ruam atau kerengsaan kulit bayi.

Ultra Soft & Dry Premium Pants, pula untuk bayi berukuran M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutka­n rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu saja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehka­n si manja bergerak dengan mudah.

Selain lampin, Kira Kira juga pakar dalam produk penjagaan bayi organik seperti mandian, losen dan krim lampin. Mandian Kira Kira Top to Toe Wash berfungsi membersih dan mengekalka­n kelembapan kulit bayi dengan bahan pati Camelia japonica menjadikan kulit bayi lembut dan gebu apabila disentuh.

Losen bayi pula mengandung­i baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit manakala krim lampin membantu memulihkan, melegakan dan melembapka­n kulit serta melindungi kulit bayi daripada ruam lampin.

Untuk penjimatan lebih besar, pengguna boleh membeli produk Kira

Kira menerusi laman web Shopee. Setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo KK25LAUNCH sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. Promosi adalah sah sehingga 30 September

2018.

 ??  ?? PRODUK Kira Kira dari Jepun.
PRODUK Kira Kira dari Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia