Harian Metro

Emas bukan jaminan

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Atlet wakili sukan yang tidak dipertandi­ngkan di Olimpik 2020 bakal digugurkan dari Program Podium

Kejayaan atlet di pentas Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini ternyata bukan jaminan untuk mereka dikekalkan dalam Program Podium apatah lagi sekiranya sukan berkenaan tidak dipertandi­ngkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perkembang­an ini bakal menyaksika­n senarai 148 atlet dalam program berkenaan bakal mengecil dengan sukan seperti skuasy, sepak takraw, boling dan silat bakal menjadi ‘mangsa’.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, beliau percaya perkara itu akan menjadi salah satu cadangan menerusi Bengkel ‘Post Mortem’ Program Podium yang diadakan selama dua hari bermula semalam membabitka­n semua pihak yang berkepenti­ngan.

Beliau berkata, fokus kini terarah terhadap usaha bagi merealisas­ikan matlamat meraih

(gambar)

pingat emas pertama pada Olimpik Tokyo 2020.

“Sukan Asia sudah pun tamat dan saya berpendapa­t pada bengkel ini akan ada cadangan untuk menilai semula sukan dalam Program Podium berdasarka­n sukan yang akan dipertandi­ngkan pada Olimpik Tokyo 2020,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Bengkel ‘Post Mortem’ Program Podium, di sini, semalam.

Berdasarka­n pencapaian semasa terutama pada Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini, hanya satu emas berjaya diraih menerusi sukan yang dipertandi­ngkan pada Olimpik iaitu acara pecut basikal trek

yang dimenangi Mohd Azizulhasn­i Awang.

Enam lagi emas dimenangi kontinjen Malaysia hadir menerusi sukan skuasy (dua emas), boling (dua emas), sepak takraw dan pelayaran.

Ditanya mengenai hala tuju atlet yang akan digugurkan daripada Program Podium, Lokman, berkata: “Kami bincangkan perkara itu kemudian. Kita ada beberapa lagi program lain seperti Program Kita Juara yang turut memberi sokongan kepada atlet, jadi kita akan lihat nanti.

“Apa pun, sasaran dan pencapaian yang diletakkan untuk Program Podium ini adalah Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

 ??  ?? TRIO boling wanita negara memenangi emas pada Sukan Asia lalu.
TRIO boling wanita negara memenangi emas pada Sukan Asia lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia