Harian Metro

‘Nanti dulu...’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Putrajaya: “Sabar dulu.” Demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

ketika ditanya adakah jawatan Pengarah Podium yang kini dikosongka­n selepas pengundura­n Tim Newenham akan dikekalkan atau dimansuhka­n.

Tegas Syed Saddiq, beliau perlu mendapatka­n laporan terperinci daripada bengkel ‘post mortem’ yang sedang berlangsun­g ketika ini sebelum memberikan kata putus berhubung perkara itu.

“Kalau saya beri jawapan sekarang, rasanya saya tak bersikap adil kepada komuniti.

“Biarlah mereka memberi cadangan terlebih dulu dan selepas itu tindakan akan dilakukan,” katanya selepas majlis pelancaran Kejuaraan Mini Cub Prix KBS di sini, semalam.

Jawatan ‘panas’ itu mencetuska­n persoalan untuk dikekalkan selepas Program Podium juga mempunyai jawatan bagi Ketua Program

(gambar)

yang kini disandang oleh Dr P Vellapandi­an.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Mohd Khairi Zawi juga dilihat mampu menggalas tugas itu.

Newenham meletak jawatan selepas dilantik pada 2016 berikutan kontinjen negara gagal mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, April lalu serta Sukan Asia di Jakarta-Palembang yang baru saja berakhir.

Syed Saddiq sebelum ini memberi bayangan untuk melakukan rombakan besar-besaran ke atas Program Podium yang sehingga kini sudah menelan belanja sebanyak RM67 juta sejak diperkenal­kan pada 2016.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia