Harian Metro

Peng Soon- Liu Ying mahu akhiri badi bertemu beregu Indonesia

-

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mahu menamatkan badi kekalahan di tangan Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavia apabila kedua-dua pasangan itu membuat perhitunga­n pada aksi suku akhir Terbuka Jepun, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying yang juga juara edisi 2012 tewas dalam kedua-dua pertemuan dengan pasangan Indonesia itu sebelum ini di Terbuka Jerman, Mac lalu dan Terbuka India (Januari lalu).

Terdahulu, Peng Soon-Liu Ying mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan India, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N Sikki 21-16, 21-16, manakala Praveen-Melati menyingkir­kan pilihan ketujuh dari England, Chris Adcock-Gabriellle Adcock 23-21, 21-18 dalam aksi pusingan kedua, semalam.

“Tahun ini kami tewas dalam kedua-dua perlawanan bertemu mereka (Praveen-Melati). Jadi, kami harap esok (hari ini) kami boleh menang dan beraksi pada tahap terbaik.

“Selepas mengharung­i dua perlawanan, kami belum berpuas hati dengan prestasi kami di sini. Kami percaya kami boleh melakukan yang lebih baik lagi,” kata Peng Soon ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mengesahka­n tempat ke suku akhir selepas menewaskan pasangan China, He Jiting-Du Yue 21-13, 23-21 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Pasangan nombor enam dunia itu akan bertemu pilihan kedua kejohanan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping bagi perebutan tempat ke separuh akhir hari ini.

 ??  ?? AKSI Peng Soon (belakang) dan Liu Ying pada Sukan Asia lalu.
AKSI Peng Soon (belakang) dan Liu Ying pada Sukan Asia lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia