Harian Metro

Rayna ‘sapu bersih’

-

„ Gimnas Wilayah Persekutua­n sukar digugat dalam aksi solo

Gimnas Wilayah Persekutua­n, Rayna Hoh membuktika­n dirinya berada dalam kelas tersendiri apabila menyapu bersih semua empat pingat emas yang dipertandi­ngkan dalam acara gimrama individu di Sukan Malaysia (SUKMA), semalam.

Selepas meraih emas dalam acara berpasukan kelmarin, Rayna diiringi lagu rancak mempamerka­n aksi memukau untuk memikat hati juri, sekali gus menguasai keempat-empat aparatus gelung, bola, belantan dan riben.

Malah, atlet berusia 15 tahun itu jauh meninggalk­an lawan dari segi pungutan mata hingga sukar digugat biarpun dikenakan penalti ketika beraksi dalam acara gelung.

Rayna yang akan beraksi di Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires bulan depan bagaimanap­un

(gambar)

menegaskan dia tidak meletakkan sasaran untuk menyapu bersih semua emas.

“Saya memang tidak menjangka akan menang semua. Apa yang saya harap adalah persembaha­n yang lebih baik daripada aksi sebelum ini dengan rutin yang sempurna.

“Jurulatih juga sentiasa berpesan kepada saya supaya jangan fikir pasal pingat. Sentiasa fikir untuk mempamerka­n rutin yang lebih baik dan pastikan tiada kesilapan dilakukan dan itu adalah lebih penting,” katanya yang meraih dua emas ketika SUKMA Sarawak dua tahun lalu.

Rayna menutup tirai aksinya di SUKMA kali ini dengan kejayaan yang cukup membanggak­an dan berharap gimnas junior yang akan mengambil alih tempatnya akan meneruskan penguasaan dalam acara itu dua tahun lagi di Johor.

Rayna menjadi wakil tunggal negara ke Sukan Olimpik Belia selepas meraih slot automatik menyaksika­n tujuh gimnas dari Asia terpilih.

Untuk rekod, pencapaian terbaik gimnas Malaysia dalam YOG ialah ketika edisi pertama di Singapura pada 2010 apabila Lee Wan Nin menamatkan saingan di tempat keempat acara individu keseluruha­n.

 ??  ??
 ??  ?? RAYNA menunjukka­n emas yang dimenangin­ya di SUKMA Perak.
RAYNA menunjukka­n emas yang dimenangin­ya di SUKMA Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia