Harian Metro

BAMBU ANAK KERBAU + LEMBU

Dipercayai pertama kali kacukan terhasil secara semula jadi

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Fizikal seperti kerbau, tetapi mata, kuku dan bulunya bercirikan lembu demikian sebahagian ciri keunikan kerbau dan lembu kacukan daripada baka Charolais milik seorang penternak di Kampung Tebakang, Bukit Payong.

Maidin Ibrahim, 57, berkata, dia menternak lembu dan kerbau sejak 25 tahun lalu, tetapi pertama kali memperoleh anak kacukan kerbau dan lembu seperti itu.

“Saya memanggiln­ya dengan nama Bambu dan ia sudah berusia dua tahun sekarang.

“Ramai penternak yang ingin membelinya, tetapi saya tidak mahu jual kerana ingin melihat ia membesar.

“Jika diikutkan, baka jantan Charolais kacukan ini mungkin boleh membesar hingga 1 tan berbanding berat terkini 700 kilogram,” katanya ketika ditemui di kandangnya, semalam.

Maidin berkata, dia turut menternak 20 lembu dan empat kerbau dengan kos makanan dan ubatan diperuntuk­kan untuk ternakanny­a lebih RM3,000 sebulan.

“Ramai juga rakan penternak yang datang melihat dan pelik dengan Bambu kerana warna bulunya kemerah-merahan dan ia tidak sama seperti kerbau albino atau balau,” katanya.

Anaknya, Mohd Firdaus Maidin, 19, berkata, dia membantu bapanya menternak lembu dan kerbau itu sejak berusia 12 tahun.

“Tabiat Bambu lebih mirip kepada kerbau, tetapi tidak terlalu gemar berendam dalam lumpur seperti kerbau biasa.

“Uniknya Bambu kerana ia terhasil bukan melalui proses permanian berhadas, tetapi secara semula jadi,” katanya.

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Negeri Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, berdasarka­n biologi, kacukan kerbau dan lembu tidak mungkin berlaku kerana dua haiwan itu mempunyai kromoson yang berlainan.

“Jika diikutkan fitrah, gabungan lembu dan kerbau tidak menghasilk­an anak, tetapi jika ia berlaku, perkara itu ialah kejadian yang ajaib dan pertama kali berlaku.

“Memang lembu dan kerbau secara semula jadi boleh berlaku persenyawa­an apabila dikurung di dalam kandang yang sama, tetapi untuk menghasilk­an anak kacukan sukar,” katanya.

Menurutnya, dia akan menghantar pasukannya untuk meneliti kesahihan hal itu dalam tempoh terdekat.

 ?? Dr Mohd Termizi Ghazali ?? MOHD Firdaus membelai Bambu iaitu kerbau kacukan lembu Charolais. Jika diikutkan fitrah, gabungan lembu dan kerbau tidak menghasilk­an anak, tetapi jika ia berlaku, perkara itu ialah kejadian yang ajaib dan pertama kali berlaku”
Dr Mohd Termizi Ghazali MOHD Firdaus membelai Bambu iaitu kerbau kacukan lembu Charolais. Jika diikutkan fitrah, gabungan lembu dan kerbau tidak menghasilk­an anak, tetapi jika ia berlaku, perkara itu ialah kejadian yang ajaib dan pertama kali berlaku”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia