Harian Metro

PASANGAN DIREMAN 6 HARI

- Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman cnews@nstp.com.my

„ Suspek kedua sorok di Sungai Petani diminta serah diri

Suami isteri yang terbabit dalam kejadian samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya serta Taman Ria di sini, Selasa lalu direman enam hari mulai semalam di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit dan kedua-dua suspek diwakili peguam Shanmugam Ganesan.

Terdahulu, suspek berusia 21 tahun yang kudung kaki kanan dan berasal dari Nibong Tebal tiba di mahkamah jam 8.45 pagi dengan berpakaian lokap sebelum isterinya berusia 30-an tiba jam 10 pagi.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpula­n dengan senjata.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan, seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Kedua-dua lelaki terbabit menjadi popular di media sosial apabila tindakan mereka menyamun dua premis berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selain netizen mengemukak­an pelbagai komen di Facebook terhadap seorang daripadany­a.

Selain itu, polis juga mengenal pasti suspek kedua yang terbabit dalam kejadian samun itu dan usaha memburunya masih berjalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid berkata, suspek kedua, Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai masih berada di sekitar Sungai Petani. Kami juga percaya barangan samun itu disimpanny­a dan dia diminta menyerah diri,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN suami isteri diiringi polis ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam.
PASANGAN suami isteri diiringi polis ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam.
 ?? Mior ?? Suspek dipercayai masih berada di sekitar Sungai Petani”
Mior Suspek dipercayai masih berada di sekitar Sungai Petani”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia