Harian Metro

ADA KASIH DI PETRONAS

- Hamizah Badiran hamizah@nstp.com.my

Bukan cerita biasa, sebaliknya kisah kebaikan sesama insan tanpa mengenal latar belakang keluarga, tempat mahupun situasi, tetapi ia berjaya memberi inspirasi kepada masyarakat.

Tambah menarik, dua kisah menyentuh hati yang berlaku di stesen Petronas ini dikongsi bersama untuk mengetenga­hkan sifat kasih sayang dan berbuat baik antara manusia yang ternyata mampu mengeratka­n silaturrah­im walau di mana saja berada.

Seperti Rohani Mat Sari, 36, tanggal 8 November

2016 tidak akan pernah luput daripada ingatannya kerana pada hari itu dia membantu seorang ibu muda bernama Nurul Hawa Mohd Sanif, 26, yang melahirkan anak keduanya di dalam kereta di tempatnya bekerja, Stesen Petronas Behrang 2020, Perak.

Berkongsi pengalaman­nya, Rohani memberitah­u perasaan panik dan risau diketepika­n kerana mengutamak­an keadaan si ibu dan bayi perempuan yang baru lahir.

Turut mendapat pertolonga­n rakan sekerjanya, mereka segera memberi bantuan dengan menelefon ambulans dan melakukan apa sahaja yang termampu termasuk membalut bayi dengan kain sarung selain memastikan Nurul Hawa berasa selesa sementara menunggu bantuan profesiona­l tiba.

“Tengah hari itu saya terkejut apabila mendengar suara wanita iaitu kakak Nurul

Hawa bernama

Nurhaliza memanggil sambil meminta pertolonga­n dari keretanya yang diparkir di kawasan stesen ini.

“Saya terus bergegas keluar dari pejabat dan menuju ke arahnya tanpa mengetahui apa yang berlaku kepadanya pada waktu itu.

“Apabila sampai di kereta, saya terkejut melihat keadaan Nurul Hawa yang baru saja melahirkan anak. Tali pusat bayi juga masih

melekat dan urinya belum keluar membuatkan kami bimbang keselamata­n Nurul Hawa.

“Namun, segala urusan dipermudah­kan dan saya berasa lega selepas mereka mendapat bantuan daripada pasukan perubatan yang tiba dengan ambulans tidak lama kemudian,” katanya.

Tambah manis, peristiwa itu menjadikan Rohani dan Nurul Hawa mula bersahabat dan mengekalka­n hubungan rapat mereka sehingga hari ini.

Malah, Nurul Hawa yang kini sedang hamil anak ketiga turut mengadakan majlis hari lahir pertama anaknya, Nurul Hayfa Zahra di stesen berkenaan untuk memperinga­ti kelahirann­ya yang tidak dijangka di situ.

Bagi Nurul Hawa, Stesen Petronas Behrang 2020 bukan saja lokasi yang membekalka­n bahan api sebaliknya, ia adalah tempat di mana seorang ibu dan anak keduanya bertemu buat kali pertama selain mengingatk­annya mengenai kebaikan sesama manusia walaupun tanpa saling mengenali dalam waktu terdesak.

Berbeza sedikit kisahnya dengan Rohani, kakitangan Stesen

Petronas Taman

Maluri pula mengambil pendekatan menjadikan stesen itu sebagai tempat anak-anak menunggu ibu bapa mereka selepas tamat sesi persekolah­an.

Berlaku tanpa sengaja, stesen berkenaan menjadi tempat tarikan kerana terletak berhampira­n dengan empat sekolah di kawasan itu.

Seorang ibu, Noor Salwani Basri, 38, berkata, Stesen Petronas Taman Maluri adalah tempat yang selamat untuk anak lelakinya menunggu dia selepas pulang dari sekolah.

“Stesen ini adalah kawasan terbuka di mana ramai ibu bapa datang dan pergi serta tempatnya juga selesa untuk anak saya menunggu kerana terdapat makanan, tandas dan penyaman udara di Kedai Mesra.

“Sudah hampir empat tahun saya ke sini malah hubungan dengan kakitangan juga akrab,” katanya.

Bersetuju dengan Noor Salwani ialah Mohd Faizal Azmi, 30, yang menyatakan tempat itu selamat buat anaknya sementara menunggu dia datang mengambil selepas bersekolah.

„ Dua kisah sentuh jiwa beri keyakinan terhadap keluhuran kemanusiaa­n

“Kru stesen itu sudah kenal dengan anak saya dan dia boleh membeli snek untuk dimakan sementara menunggu,” katanya.

Selain itu, kru Stesen Petronas Taman Maluri sentiasa memperketa­tkan kawalan sekuriti dan menjaga keselamata­n kanak-kanak berkenaan dengan memastikan mereka tidak berlari ke kawasan lalu lintas atau tempat mengisi minyak kerana terdapat kereta yang bergerak atau sebaliknya.

Penyeliany­a, Adilah Ahmad Hishammudd­in berkata, pihaknya turut memberi keizinan kepada kanak-kanak itu menggunaka­n telefon di stesen untuk menelefon ibu bapa sekiranya mereka tertinggal bas sekolah.

“Bahkan, ada ibu bapa yang berterima kasih kepada kami apabila kami menghantar anaknya ke rumah selepas dia tertinggal bas,” katanya.

Sempena Hari Malaysia ini, mari bersama-sama saling menyanjung nilai murni yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sementara itu, untuk menonton video ini, ikuti #CeritaKita di platform sosial media PETRONASBr­ands.

 ?? Adilah ?? ADILAH (kanan) membantu menyediaka­n mi segera untuk kanak-kanak yang menunggu di stesen Petronas Ada ibu bapa yang berterima kasih kepada kami apabila kami menghantar anaknya ke rumah selepas dia tertinggal bas”
Adilah ADILAH (kanan) membantu menyediaka­n mi segera untuk kanak-kanak yang menunggu di stesen Petronas Ada ibu bapa yang berterima kasih kepada kami apabila kami menghantar anaknya ke rumah selepas dia tertinggal bas”
 ?? Rohani Mat Sari ?? Saya terkejut melihat keadaan Nurul Hawa yang baru saja melahirkan anak. Tali pusat bayi juga masih melekat dan urinya belum keluar” ROHANI (kiri) dan Nurul Hawa (kanan) masih rapat sehigga kini.
Rohani Mat Sari Saya terkejut melihat keadaan Nurul Hawa yang baru saja melahirkan anak. Tali pusat bayi juga masih melekat dan urinya belum keluar” ROHANI (kiri) dan Nurul Hawa (kanan) masih rapat sehigga kini.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Faizal (kiri) yakin persekitar­an stesen Petronas selamat dan selesa untuk anaknya menungguny­a
selepas sekolah.
MOHD Faizal (kiri) yakin persekitar­an stesen Petronas selamat dan selesa untuk anaknya menungguny­a selepas sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia