Harian Metro

Keadaan manusia di padang mahsyar

-

perempuan yang hamil meninggal dunia, adakah dia akan dihidupkan di akhirat dalam keadaan hamil? Adakah di akhirat nanti kandungan itu akan digugurkan dan dimasukkan ke dalam syurga?

Atau adakah diambil kira sekiranya kandungan itu sudah tidak bernyawa, dimasukkan ke dalam syurga dan jika belum bernyawa tidak dimasukkan ke dalam syurga?

Ulama mufasirin (ahli tafsir) berselisih pendapat mengenai perkara itu. Pendapat yang lebih jelas berpanduka­n kepada nas al-Quran dan sunah menyatakan, perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan hamil akan dihidupkan di akhirat nanti dalam keadaan hamil juga.

Syeikh Buqa’iy berkata, dalam firman Allah SWT bermaksud: “.... dan tiaptiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungn­ya.” (Surah al-Hajj, ayat 2)

Ayat itu menerangka­n bagaimana hebat dan dahsyatnya apabila berlaku kiamat sehingga perempuan yang mengandung walaupun belum cukup bulan akan gugur kandungann­ya.

Ayat itu tiada kaitan dengan persoalan perempuan hamil yang meninggal dunia. Syeikh Muhammad Ramli menyatakan, yang jelas daripada perbahasan dalam masalah itu dan muktamadny­a ialah perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan hamil akan dibangkitk­an di akhirat kelak dalam keadaan hamil juga.

Jika anak yang dikandung itu sudah ditiupkan roh, ia akan dimasukkan ke syurga tetapi jika belum lagi ditiupkan roh, maka samalah dia seperti makhluk jamadat (makhluk yang tidak bernyawa) lain yang tiada memberi kesan apa pun.

3. Bagaimana keadaan manusia yang dibangkitk­an semula di padang mahsyar kelak?

Semua manusia akan dibangkitk­an dan dihimpunka­n di padang mahsyar nanti dalam keadaan berbogel.

Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang berkesempa­tan atau berpeluang untuk melihat aurat orang lain kerana keadaan huru-hara dan suasana kelam-kabut sekali sehingga dia sendiri tidak sedar yang dia juga dalam keadaan berbogel, inikan pula keadaan orang lain.

4. Bagaimana Allah

SWT menimbang amalan setiap manusia sedangkan dosa dan pahala itu tidak dapat dilihat dan tidak berjisim?

Ketika Allah SWT menimbang amalan manusia, terlebih dahulu Allah menjadikan segala amalan itu berjisim (supaya senang diketahui berat timbangann­ya).

Semua amalan anak Adam akan ditimbang di akhirat kelak dengan alat timbangan yang mempunyai dua tadahan.

Setiap satu tadahan mampu memuatkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.

Berat atau ringan timbangan itu akan terbukti walaupun diisi dengan hanya sebiji sawi dalam tadahan sebesar itu. Ini membuktika­n Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa atas apa yang Dia hendak lakukan.

Sumber: Furu al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia