Harian Metro

HANYA BERTUALA

- Izlaily Nurul Ain Hussein cnews@nstp.com.my

Keprihatin­an pekerja sebuah hotel di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, menghubung­i polis selepas melihat lelaki dewasa mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang kanak-kanak perempuan membongkar aktiviti sumbang mahram dilakukan lelaki terbabit.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi kelmarin, pekerja hotel itu menghubung­i Balai Polis TUTA kerana melihat lelaki terbabit dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya yang menerima panggilan terus ke hotel berkenaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

“Sebaik tiba, polis mengetuk pintu bilik dan selepas lima minit, pintu dibuka seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala.

“Selepas membuat pemeriksaa­n didapati lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit 10 tahun.

“Mangsa memberitah­u suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian mangsa mendapat kebenaran ibu dan bapanya mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.

“Suspek memberitah­u dia bapa saudara kanak-kanak itu dan katanya, dia mendapat kebenaran ibu dan bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah berkahwin dan ada tiga anak berusia

„ Pekerja hotel lapor sumbang mahram lelaki dewasa, budak 10 tahun

antara 25 dan 28 tahun.

“Polis membawa suspek dan mangsa ke Balai Polis TUTA untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Mohd Taib turut mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an orang awam sehingga terbongkar­nya perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia