Harian Metro

‘KAMI DAH BINCANG DULU’

- Fairuz Zaidan dan Amir Mamat cnews@nstp.com.my

PM beri izin bertanding di Parlimen Port Dickson: Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertika­ikan keputusann­ya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Umum PKR itu menegaskan keputusan bertanding dalam PRK dicapai hasil perbincang­annya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepemimpin­an dalam Pakatan Harapan (PH) selain dalam PKR sendiri.

“Saya (sudah maklum) dan PM (Perdana Menteri) setuju, sekarang ini (kami) kawan baik. Sebab kami saling maaf kerana untuk majukan negara, kita fikir soal rakyat. Nak marah lama-lama sebab apa? Aku dengan Mahathir dah baik.

“Baik sebab apa, rakyat! Sebab nak selamatkan negara, nak selamatkan (negara) daripada perompak,” katanya ketika berucap pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) di sini, malam semalam.

Majlis disertai 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri turut dihadiri Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusann­ya untuk kembali ke Parlimen dipersetuj­ui Dr Mahathir sebelum pengumuman dibuat kepemimpin­an parti.

Beliau berkata, keputusann­ya bertanding dalam PRK itu juga untuk memperkuku­hkan serta melakukan transforma­si dalam Parlimen yang turut dipersetuj­ui Dr Mahathir.

“Dia (Dr Mahathir) kata ok. Yang kamu (pengkritik) sibuk sebab apa? Tak jadi masalah. Nak bangkitkan apa lagi?” katanya.

Anwar mengesahka­n bertanding di Parlimen Port Dickson dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman pengosonga­n kerusi dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu lalu.

 ??  ?? ANWAR menyampaik­an ucapan amanat pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di MITC, Ayer Keroh.
ANWAR menyampaik­an ucapan amanat pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di MITC, Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia