Harian Metro

Tak sangka ada unsur ‘komedi’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Bagi yang sudah menonton filem Hantu Kak Limah, watak Solihin lakonan Zul Ariffin tentunya tidak terlepas daripada pandangan dan perhatian.

Menerusi watak komedi itu, kita dapat lihat sisi berbeza Zul jika dibandingk­an dengan watak yang pernah dilakonkan­nya sebelum ini.

Bagi Zul, dia menghargai bantuan serta didikan yang diturunkan pengarah filem itu, Mamat Khalid.

“Saya tak mahu orang berikan kredit kepada saya kerana bagi saya, Mamat adalah orang yang sepatutnya diberikan kredit penuh,” katanya.

Menurutnya, Solihin adalah watak yang digambarka­n oleh Mamat dan dia sendiri sebagai pelakon pun tidak menyangka ada unsur ‘komedi’ dalam dirinya sebagai pelakon.

“Inilah yang dikatakan bakat dicungkil. Mamat mencungkil bakat dalam diri saya dan saya sendiri pun tak tahu saya boleh bawakan watak komedi sebegitu.

“Ketika menerima tawaran, saya sudah tahu kemampuan dan kekuatan Mamat dalam komedi.

Jadi, apabila saya sudah lakonkan watak Solihin dan dapat reaksi positif daripada penonton, saya gembira,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan menerima tawaran melakonkan watak komedi lain selepas ini, Zul berkata, ia bergantung kepada karya

Zul bawa watak berbeza dalam filem Hantu Kak Limah

yang ditawarkan itu.

“Untuk watak bagaimana yang saya akan bawakan selepas ini, kita lihat nanti. Insya-Allah,” katanya.

ANDY HARGAI KARYA TEMPATAN

Dalam pada itu, Zul juga bertuah kerana sudah dua kali bertentang mata dengan bintang filem dari Hong Kong, Andy Lau.

“Beliau hadir di majlis meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah barubaru ini dan itu kali kedua saya bertemu dengannya. Kali pertama ketika saya menjalani penggambar­an filem J Revolusi,” katanya.

Menurutnya, perhatian yang diberikan Andy kepada filem tempatan adalah satu petanda positif.

“Ia adalah sesuatu yang positif. Bayangkan, bintang besar seperti Andy memberikan perhatian dan menghargai karya tempatan.

“Untuk karya kita menembusi pasaran antarabang­sa adalah sesuatu yang sukar. Tapi, apabila ada peluang sebegini, saya dapat rasakan ia satu perkembang­an yang bagus,” katanya.

Terbaru, Zul sedang menjalani penggambar­an drama bersiri Seribu

Rindu untuk slot Akasia, TV3. Dalam drama itu,

Zul digandingk­an dengan pelakon dan penyanyi,

Azira Shafinaz.

Filem lakonannya, Misteri Dilaila yang diterbitka­n Skop Production­s Sdn Bhd akan ditayangka­n Januari tahun depan.

 ??  ?? Mamat mencungkil bakat dalam diri saya dan saya sendiri pun tak tahu saya boleh bawakan watak komedi sebegitu
Mamat mencungkil bakat dalam diri saya dan saya sendiri pun tak tahu saya boleh bawakan watak komedi sebegitu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia