Harian Metro

Sampai masanya intan memilih

-

kehidupan tersendiri. Kalau tidak, pasti saya boleh buat perkara yang saya mahu lakukan sebelum ini.

“Saya pun sudah puas sibuk terkejar-kejar ke lokasi penggambar­an, jadi apa salahnya fokus pada diri sendiri pula,” katanya menolak dakwaan sibuk dengan perniagaan.

Katanya, dia suka dengan kehidupan ringkas, tetapi pada masa sama masih memenuhi jemputan ke majlis hiburan kecuali acara anugerah.

Baginya, majlis anugerah hiburan bukan lagi pilihan utama untuk dia hadir sekiranya tiada keperluan.

Bukan bermakna dia memboikot majlis sedemikian, cuma jika dijemput menyampaik­an anugerah atau dicalonkan barulah dia hadir.

Dia menafikan keengganan ke majlis hiburan kerana tidak mahu bertemu media secara beramai-ramai yang pastinya bertanya pelbagai soalan tertentu terutama yang pelik.

“Eh! Mana ada! Soalan pelik di mana-mana pun ada, terpulang kepada kita mahu menjawab atau tidak,” katanya.

Intan yang popular melalui drama Jelatang, Dia dan Semusim Rindu turut mendedahka­n tidak mahu mengambil tawaran membabitka­n episod panjang.

Katanya, dia hanya mahu mengambil tawaran yang membabitka­n episod pendek, filem atau telefilem saja.

Terbaru, dia bakal muncul dalam filem seram adaptasi novel berjudul Town Mall arahan Ahmad Idham yang selesai penggambar­annya bulan lalu.

 ??  ?? Saya pun sudah puas sibuk terkejarke­jar ke lokasi penggambar­an, jadi apa salahnya fokus pada diri sendiri pula
Saya pun sudah puas sibuk terkejarke­jar ke lokasi penggambar­an, jadi apa salahnya fokus pada diri sendiri pula

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia