Harian Metro

Pertanyaan media

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Hillary bakal

jayakan persembaha­n

bersama Datuk Awie & Dragon Malaya, Oktober

depan

“Aku dah tak ambil tahu mengenai band itu. Aku dah lupa benda ini dan tak payah nak angkat-angkat lagi,”.

Demikian kata pemain gitar terkenal, Hillary Ang mengenai krisisnya dengan Joe, pengasas dan pemain gitar kumpulan Prime Domestic.

Hillary yang ditemui pada sidang media Showcase Datuk Awie & Dragon Malaya di @House G Tower, Jalan

Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin dilihat kurang selesa apabila terus diajukan persoalan berkenaan isunya dengan Joe dan mengambil pendekatan mengelak menjawab pertanyaan media.

Hillary bersama penyanyi, Aweera dan pemain bass, Fauzi meninggalk­an Prime Domestic yang kini dikenali sebagai PrimeD sejak Julai lalu.

Fauzi yang turut hadir di majlis itu pula terus meninggalk­an majlis sebaik sidang media berakhir.

Pengurus mereka, Noh Alonso mendakwa, Hillary ‘tikam belakang’ dengan memburukka­n nama Joe kepada pihak luar dan ia amat mengecewak­an mereka.

Joe pula meluahkan perasaan kesal kerana terpaksa masuk campur menyelesai­kan hal peribadi Hillary, Aweera dan Fauzi serta tidak mahu menjadi ‘emak burung’ yang sentiasa menyuapkan makan kepada anaknya.

Hillary yang pernah bersama Search dan Fauzi kini bergabung di bawah Hillary Ang Project yang turut dianggotai Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (drum).

Mereka bakal menjayakan persembaha­n bersama

Datuk Awie & Dragon Malaya yang berlangsun­g di House G Tower pada 28 Oktober depan.

 ??  ?? HILLARY kunci mulut.
HILLARY kunci mulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia