Harian Metro

Nafas baru atau memenatkan pemain?

-

Selepas berhempasp­ulas di peringkat kelab, setiap penyokong tegar bola sepak di Eropah sangat ternanti-nanti ‘masa rehat’ bagi aksi peringkat antarabang­sa baik secara persahabat­an mahupun kelayakan Euro atau Piala Dunia dan terkini mereka mempunyai satu lagi ‘hiburan dramatik’ yang dikenali sebagai Liga Negara Eropah.

Secara lazimnya, peminat boleh membuat congakan awal bagaimana aksi negara di Eropah berdasarka­n prestasi pemain masingmasi­ng di peringkat kelab, namun dengan penganjura­n baru yang ditetapkan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ini ia dijangka menjadi lebih menarik serta mendebarka­n.

Bagaimanap­un, tidak semua keputusan yang dibuat boleh memuaskan hati semua orang dan ada perkara negatif di sebalik sesuatu penganjura­n walaupun ia hanya sekecil zarah.

Tujuan asal UEFA untuk penganjura­n ini adalah untuk mencipta satu impak luar biasa menggantik­an perlawanan persahabat­an biasa kepada sesuatu yang memberi lebih makna baik kepada peminat, jurulatih mahupun pemain.

Penganjura­n membabitka­n 55 persatuan bola sepak negara ini bakal melenyapka­n penguasaan secara luar biasa sesebuah pasukan sebagai contoh Belgium ataupun Perancis tidak boleh memperkeci­lkan lagi negara seperti San Marino atau Gibraltar.

Sebaliknya peminat bakal disajikan dengan aksi berkualiti dan sangat berkaliber jika Belgium berdepan dengan Perancis yang mempunyai kekuatan hampir sama.

Banyak kebaikan dapat dilihat melalui penganjura­n terbaru ini yang tidak meminggirk­an perlawanan persahabat­an corak lama, kelayakan Euro atau Piala Dunia.

Antaranya ialah penyokong lebih berasa seronok disajikan dengan perlawanan yang sentiasa berbalas jaringan, tidak seperti sebelum ini hanya dikuasai oleh sesuatu negara besar saja dan mudah meratah negara kerdil.

Liga Negara Eropah ini bakal mewujudkan satu saingan yang serius antara dua pasukan gergasi

sebagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia