Harian Metro

Kuasa warna biru gelap

- Susunan Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Biru gelap bukan tergolong dalam kumpulan warna hangat, namun ketepatan dekorasi membuatkan ruang dalaman kediaman jenis di London ini tampil menarik.

Ruang yang asalnya gelap dan tidak bermaya itu menerima sentuhan Biasol iaitu sebuah studio dari Melbourne, Australia.

Kediaman yang dinamakan sebagai Butterfly House itu sempena rekaan ruang berbentuk V dengan bumbung seperti sayap di timur London.

Berukuran 90 meter persegi, rumah dua tingkat itu pernah digunakan sebagai rangkaian bilik kecil dan sempit yang mempunyai akses terhad kepada cahaya semula jadi.

Kini ruang dalamannya tampil lebih menarik dengan pilihan warna sesuai. Ia atas permintaan pemiliknya yang juga pasangan suami isteri muda.

“Cahaya matahari berubah-ubah. Ia mempunyai keupayaan menukar suasana ruang sebagaiman­a kita hidup dan saling perlu memerlukan.

“Kami bawakan gaya Australia untuk cahaya semula jadi dan ruang tamu terbuka ke dalam Butterfly House ini.

“Pada masa sama kami mengekalka­n sentimen dan perincian klasik Inggeris sedia ada,” kata pemilik studio, Jean-Pierre Biasol.

Buat permulaan, dinding pemisah sedia ada di tingkat bawah dibuka untuk mewujudkan ruang tamu dan ruang makan terbuka.

Menambah kelainan, dapur bertema biru gelap dengan kabinet rendah yang sengaja dibina untuk mencipta kelainan dan memastikan cahaya tidak disekat masuk.

Meja dapur dilapisi permukaan marmar hitam, sementara kaki meja daripada tiang tembaga pula memberikan gambaran bebas. Arkiteknya juga ingin menjadikan ruangan dapur seakan-akan bersambung dengan ruang tamu yang terletak bersebelah­an.

Sofa biru gelap diletakkan di tengahteng­ah ruang tamu dilengkapk­an ilustrasi biru oleh artis British, Tracey Emin. Objek kontranya pula adalah kerusi makan berwarna merah jambu pucat.

Perincian ruang yang asal seperti lantai kayu

Sentuhan Biasol jadikan Butterfly

House kediaman

menarik

dan pendiang api berhias dikekalkan, namun permukaan sekeliling­nya dicat baru dengan lapisan cat putih bagi membolehka­n ruang itu kelihatan lebih terang.

Biru gelap sekali lagi digunakan di bilik tidur pada tingkat atas dan kepingan marmar kelabu dipasang pada sebahagian dinding dengan susunan tulang ikan sebagai rujukan visual halus kepada kediaman berciri klasik Inggeris itu.

Ini bukan hasil kerja pertama Biasol menggunaka­n warna biru sebagai asas hiasan dalam sesuatu ruang kerana turut menampilka­n rona sama pada hiasan dalaman sebuah restoran di London.

 ??  ?? RUMAH jenis townhouse dilihat
dari luar sementara pelan bangunan berbentuk seperti
sayap rama-rama.
RUMAH jenis townhouse dilihat dari luar sementara pelan bangunan berbentuk seperti sayap rama-rama.
 ??  ?? KABINET dibina rendah membolehka­n cahaya masuk menerusi tingkap.
KABINET dibina rendah membolehka­n cahaya masuk menerusi tingkap.
 ??  ?? TEMA biru gelap di ruang tamu tampil menarik dengan bantuan cahaya semula jadi.
TEMA biru gelap di ruang tamu tampil menarik dengan bantuan cahaya semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia