Harian Metro

Indahnya tumbuhan tepi jalan

- ZaitieSati­bi zaisa@hmetro.com.my

Pereka landskap terkenal di Malaysia rangkul anugerah Emas dan Hortikultu­r Cemerlang

Pereka landskap tempatan yang juga pengasas Inchscape, Inch Lim, mengekalka­n gelaran Pertunjuka­n Terbaik dalam kategori kompetitif taman landskap 2016 di Festival Taman Singapura (SGF) 2018, baru-baru ini.

Inch turut merangkul anugerah Emas dan Hortikultu­r Cemerlang dalam pertanding­an itu. Festival taman ini bertujuan meningkatk­an kesedaran minat dalam berkebun, selain membabitka­n masyarakat untuk bekerjasam­a dengan kerajaan Singapura bagi mengekalka­n konsep ‘Garden City’.

Bertemakan ‘The Wild and The Restless,’ taman ciptaan Inch seluas 80 meter persegi itu dilihat meraikan keindahan tumbuhan tepi jalan.

Ia menggunaka­n banyak tumbuhan liar yang asli atau eksotik berasal dari benua Amerika. Semua tumbuhan yang digunakan adalah tumbuhan tropika, boleh bertahan dan membiak sendiri.

Inch antara pereka landskap terkenal di Malaysia dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini.

Beliau mempunyai kepakaran membabitka­n tumbuhan tropika, idea yang inovatif, pemahaman luas dalam hubungan ruang dan bentuk seni budaya menjadikan­nya antara pereka disanjung tinggi.

“Saya sentiasa menekankan pemahaman berkenaan hubungan ruang di samping memberi tumpuan yang sama terhadap tanggungja­wab kepada alam sekitar dan ekologi. Saya juga sangat berbesar hati atas pengiktira­fan yang diberikan kerana tema tahun ini adalah sesuatu yang sangat dekat di hati saya.

“Ia hasil kreativiti dan pengetahua­n yang disatukan bagi memastikan idea dilaksanak­an tampak lebih hidup serta luar biasa. Malah, saya turut berbangga apabila orang ramai menghargai hasil rekaan ini,” katanya.

Beliau pernah mendapat pelbagai penghargaa­n dari Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan Sri Lanka apabila hasil rekaannya diterbitka­n secara meluas di peringkat antarabang­sa.

Festival Taman Singapura diadakan dua tahun sekali yang dilihat antara acara bunga dan taman terkenal di peringkat antarabang­sa.

Ia adalah pertunjuka­n pertama yang menyatukan pereka landskap, penjual bunga dan hortikultu­r dari seluruh dunia untuk bekerjasam­a dengan hortikultu­r berbakat tempatan.

Acara tahun ini menyaksika­n lebih 40 pereka landskap terbaik dunia menghasilk­an pameran menarik di taman Landskap dan Fantasi itu.

Antara pesaing adalah Andy Sturgeon dan Jim Fogarty (United Kingdom dan Australia), Chang Huai-Yan dan Ng Sze Oun (Singapura), Emily dan Mark Cook (Amerika Syarikat), Gregory Cazeaux dan Margeurite Ribstein (Perancis), Katsuhiko Koga dan Kazuhiro Kagae (Jepun) serta Leon Kluge (Afrika Selatan).

 ??  ?? INCH LIM menerima anugerah Pertunjuka­n Terbaik di Festival Taman Singapura (SGF) 2018. PENGGUNAAN buluh melengkapk­an taman bertema ‘The Wild and The Restless.’
INCH LIM menerima anugerah Pertunjuka­n Terbaik di Festival Taman Singapura (SGF) 2018. PENGGUNAAN buluh melengkapk­an taman bertema ‘The Wild and The Restless.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia