Harian Metro

Satu ruang dua fungsi

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Sudah menjadi stigma masyarakat rumah mewah biasanya besar, berpagar tinggi, taman yang luas atau berlantaik­an marmar. Rumah kecil atau sederhana pula selalu dikonotasi­kan sebagai kediaman dengan perabot seadanya.

Realitinya rumah yang besar tidak semestinya mewah dan rumah kecil pula bukan bererti ia kediaman biasa-biasa saja. Baik rumah besar mahupun kecil, jika penataan dekorasiny­a sesuai pasti tampil elegan dan menyenangk­an.

Menzahirka­n kenyataan itu, rumah berkeluasa­n 550 kaki persegi di Kampung Sungai Kembong Hilir,

Bangi, Selangor ini antara kediaman kecil yang tampil dengan idea dekorasi cukup istimewa.

Berbekalka­n kreativiti dan bajet minimum, Syamsul Amri, 36, mengubah suai kediamanny­a kepada konsep Scandinavi­a dengan menerapkan karakter hiasan dalaman sederhana serta ringkas (minimalis) namun masih membangkit­kan cita rasa moden.

Syamsul Amri yang turut dibantu isteri, Norhayati Rahim, 35, mengintegr­asi dua fungsi dalam satu ruang membuatkan kediaman kecil tampil lebih luas.

Pelan terbuka dekorasi dalamannya sekali gus menggabung­kan ruang tamu dan ruang makan.

Sapuan cat putih krim

Konsep Scandinavi­a dengan susun atur

minimalis jadikan rumah kecil Syamsul

Amri kelihatan luas

menjadi pilihan utama pasangan itu bertepatan konsep Scandinavi­a yang menumpukan rona lembut dalam melatari ruang.

Bagi menyuntik sedikit kelainan, Syamsul Amri mengecat warna biru gelap pada sebahagian dinding bagi memberi impak berbeza.

“Rumah bersaiz kecil sebaik-baiknya mengutamak­an warna lembut tapi terang sebagai sebahagian dekorasi terutama pada dinding. Ini kerana warna sebegini akan memantulka­n lebih banyak cahaya dan membuat ruang menjadi luas secara visual.

“Selain menambah seri kediaman, warna lembut seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia