Harian Metro

Labuh, selesa

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Berpakaian mengikut syariat Islam pada masa sama tampil menyerlah, ini antara cabaran yang harus dihadapi Simaa Berhannudi­n, 28, ketika mula memperkena­lkan jenama tudung By Simaa.

Meletakkan dua syarat utama dalam penghasila­n rekaan tudung iaitu labuh dan selesa, bagi Simaa tujuan utamanya adalah ingin mengubah skeptikal dan pandangan masyarakat, mengenai pemakaian tudung labuh yang kelihatan kurang bergaya atau hanya untuk golongan berusia.

“Jika dulu tudung labuh sinonim dengan wanita berusia, namun menerusi jenama ini kami menawarkan rekaan tudung labuh yang lebih terkini dan mengikut hukum syarak.

“Dalam erti kata lain, wanita Muslimah masih boleh kelihatan anggun walaupun bertudung labuh. Malah, ia sesuai untuk semua lapisan usia disebabkan rekaan yang mengikut cita rasa orang muda,” katanya.

Mengetenga­hkan rekaan polos dan bercorak pada fabrik berkualiti dan tidak jarang, ia bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Bagaimanap­un, dia tidak mengambil mudah dengan terus menghasilk­an sesuatu koleksi dan menjualnya kepada pelanggan.

Kelahiran koleksi tudung labuh ini memakan masa yang panjang bagi sesi kajian dan penghasila­n prototaip atau contoh rekaan beberapa kali untuk mendapatka­n kepuasan maksimum.

“Untuk rekaan yang sedia dipasarkan, saya terpaksa menghasilk­annya beberapa kali. Ini kerana saya memberikan tumpuan pada labuh tudung, keluasan muka dan kesesuaian fabrik. Keistimewa­an jenama ini adalah pada pilihan fabrik yang tidak jarang dan selesa dipakai terutama dalam cuaca panas di Malaysia.

“Selain itu, labuh tudung pada bahagian depan dan belakang turut diambil kira agar

 ??  ?? REKAAN polos dengan sedikit perincian manik pada bahagian bawah tudung.
REKAAN polos dengan sedikit perincian manik pada bahagian bawah tudung.
 ??  ?? TUDUNG sarung bersengkua­p koleksi pilihan ramai.
TUDUNG sarung bersengkua­p koleksi pilihan ramai.
 ??  ?? TUDUNG bercorak untuk gaya kasual.
TUDUNG bercorak untuk gaya kasual.
 ??  ?? JAHITAN bunga tiga
dimensi memberikan imej segar
kepada si pemakai.
JAHITAN bunga tiga dimensi memberikan imej segar kepada si pemakai.
 ??  ?? WARNA lembut sesuai imej
wanita Muslimah.
WARNA lembut sesuai imej wanita Muslimah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia