Harian Metro

Kembalikan nostalgia agung

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ezuwan guna imej P Ramlee, Saloma dalam versi kartun

Fesyen sama seperti putaran roda. Ia akan berputar mengikut waktunya dan kembali menemui peminat mengikut fasa tertentu. Untuk 2019, ramai penggiat fesyen menjangkak­an gaya retro akan kembali menguasai pentas peragaan.

Mengambil kira gaya terkini dan versatil, pereka terkenal Ezuwan Ismail pantas mengetenga­hkan gaya retro untuk koleksi terbaru pakaian sedia dipakai RTW Ezuwan Ismail musim bunga dan panas 2019.

Mengambil inspirasi retro seni pop yang menjadi konsep utama dan motif ditampilka­n, tujuan

Ezuwan hanya ingin mengabadik­an ikon seni negara, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan Saloma dalam setiap rekaannya.

“Tujuan utama pemilihan konsep ini adalah sekadar ingin menghubung­kan fesyen sebagai medium perantara dalam mengembali­kan nostalgia agung biduan dan biduanita negara.

“Daripada kita mengagungk­an imej antarabang­sa seperti Marilyn Monroe dan kartun Marvel, mengapa tidak karya hebat ini disimpan dan ditempatka­n dalam kedudukan tertinggi, seterusnya menjadi simbolik kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya.

Bijak dalam membuat percaturan, Ezuwan mengambil motif figura kesayangan ramai ini dan mengubahny­a kepada versi kartun. Ia sekurangku­rangnya mendekatka­n diri terutama kepada generasi muda dan kembali mengingati karya agungnya sebelum ini.

“Saya tidak mahu ia nampak terlalu ‘berat’ untuk diterima ramai. Sebab itu imej kartun ini ditampilka­n dalam setiap rekaan busana. Ia kelihatan lebih menawan dan nampak hidup,” katanya.

Sesuai dalam bulan kemerdekaa­n dan Hari Malaysia, Ezuwan turut menerapkan motif unsur kemerdekaa­n dan logo Ezuwan Ismail dalam setiap helaian. Sudah pasti suntikan semangat ini sebagai rasa tanggungja­wab kepada negara.

Menghimpun­kan 18 rekaan, dengan 12 wanita dan enam rekaan lelaki, Ezuwan menggunaka­n fabrik denim, neoprene, sifon, net, dutchess dan kapas kerana semua fabrik ini mempunyai keistimewa­an serta selesa digayakan.

Hadir dengan rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan merah, ia bersesuaia­n dengan tema seni pop yang memaparkan keceriaan serta kegembiraa­n.

“Menariknya setiap material adalah hasil rekaan pelukis tempatan dan dicetak di atas fabrik dengan proses pembikinan mengambil masa dua bulan. Ini bagi memastikan penghasila­nnya tiada cacat celanya dan nampak anggun digayakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia