Harian Metro

Si kecil tampil manis, sopan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rekaan berkonsep ringkas guna kain kapas dan satin

Bermula menghasilk­an tudung sekolah tadika untuk anak pertamanya, pelanggan kemudian meminta Emma Kashmima Khairudin menghasilk­an rekaan untuk tudung sekolah mengikut konsep diinginkan. Bermula dari situ, El Zahraa Kids dilancarka­n menerusi dalam talian dan kemudian beralih kepada pakaian kanak-kanak.

Menurut Emma, dia teruja melihat kanakkanak berpakaian comel dan sesuai usia mereka. Sebab itu dalam setiap rekaan, dia mengekalka­n konsep ringkas dan mudah digayakan menggunaka­n rona ceria.

Mengambil inspirasi daripada jenama kanakkanak antarabang­sa

H&M dan Uniqlo namun disesuaika­n dengan budaya rakyat Malaysia terutama dalam aspek kesopanan dan juga keselesaan,

Emma mengetenga­hkan Muslim Kids Modern Contempora­ry untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun.

“Saya mengambil inspirasi jenama antarabang­sa kerana ia nampak ringkas, tetapi tampil moden. Untuk keselesaan, saya menggunaka­n kapas kerana ia sejuk dan menyerap peluh manakala satin bagi memberikan unsur glamor kepada si comel.

“Namun potongan dihasilkan tidak keterlalua­n dan sesuai dengan cita rasa ibu bapa yang inginkan si kecil tampil manis dan sopan dalam penggayaan,” katanya.

Untuk rekaan pertama, Emma menghasilk­an blaus polos yang boleh disuai padan dengan aneka gaya sesuai acara yang akan dihadiri. Untuk lebih glamor, ibu bapa boleh memilih gaun bercorak dengan tema floral bagi memberikan imej segar kepada si pemakai.

“Blaus tanpa sebarang perincian ini boleh digayakan dengan seluar, kain atau skirt. Gaun paras lutut pula sesuai untuk kanak-kanak yang ingin tampil feminin dan comel. Ia memudahkan pergerakan tanpa sebarang manik atau perincian sarat,” katanya.

Semua koleksi kanakkanak El Zahraa Kids boleh didapati di Parkson terpilih di seluruh negara, butik Tateh di seluruh Malaysia atau membelinya menerusi dalam talian.

 ??  ??
 ??  ?? FABRIk kapas digunakan kerana ia menyerap peluh. BOLEH digayakan ketika menghadiri acara keraian.
FABRIk kapas digunakan kerana ia menyerap peluh. BOLEH digayakan ketika menghadiri acara keraian.
 ??  ?? BLAUS polos boleh dipadankan dengan seluar atau skirt. Potongan dihasilkan tidak
keterlalua­n dan sesuai dengan cita rasa ibu bapa
BLAUS polos boleh dipadankan dengan seluar atau skirt. Potongan dihasilkan tidak keterlalua­n dan sesuai dengan cita rasa ibu bapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia