Harian Metro

Suntikan gaya jalanan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Guna material

sutera shantung

untuk mendapatka­n kesan lebih berstruktu­r

Menampilka­n 18 koleksi pakaian wanita dan empat lelaki, rekaan diketengah­kan jenama Jubahsouq di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW18), baru-baru ini tentunya menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya dibayangi potongan sopan berkonsepk­an Muslimah, kali ini jenama inspirasi dua anak muda berbakat Zack Amrul dan Amirudin Yatin ini memberikan kelainan serta gaya yang ditunggu-tunggu peminatnya.

Bercakap mengenai konsep atau koleksi di KLFW18, jelas Zack, mereka masih menseimban­gkan antara pakaian yang nampak sopan tetapi pada masa sama mengikut trend semasa.

“Contohnya, jika kami menghasilk­an rekaan berlengan pendek untuk KLFW kerana ingin menarik perhatian pasaran bukan Islam atau wanita tidak bertudung. Bagi wanita berhijab yang ingin menggayaka­nnya mereka masih boleh memadankan dengan kardigan atau alas baju di dalam,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk KLFW, jenama ini masih mengambil kira aspek kesopanan dalam setiap helaian. Ini disebabkan akan ada busana yang diambil dari pentas peragaan kemudian diubah suai mengikut potongan pasaran peminat mereka.

“Kami mendapat maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ketika KLFW berlangsun­g. Mereka memberikan pendapat yang sangat positif dan juga memberangs­angkan. Untuk menembusi pasaran baru, kami perlu melabur. Jadi disebabkan itu, KLFW itu sendiri adalah satu platform yang bagus untuk lebih dikenali di Malaysia,” katanya.

Untuk koleksi kali ini, baik Zack mahupun Amirudin cuba memberikan kelainan apabila menggabung­kan imej yang lebih santai dan kasual dengan elemen adibusana yang sama. Himpunan ini lebih mudah disuai padan, namun diberikan sedikit suntikan gaya jalanan.

“Sebagai contoh, kemeja-T berkolar penyu sesuai digabungka­n dengan seluar berlipat manakala track berbutang sepadan digayakan bersama gaun berbutang,” kata Zack.

Mengambil inspirasi daripada fesyen semasa, namun masih mengekalka­n ketulenann­ya apabila gaun diperagaka­n diolah dengan rekaan bertingkat atau berlapis yang menjadi tanda pengenalan jenama ini.

Untuk pertunjuka­n fesyen kali ini, setiap helaian diolah menjadi yang dihasilkan dengan potongan berbeza bagi menampilka­n sisi feminin seorang wanita.

Kelihatan elegan digayakan jelas Zack, dia menggunaka­n material sutera shantung untuk mendapatka­n kesan yang lebih berstruktu­r selain premium satin, sutera sifon dan sebagai pilihan.

Istimewany­a apabila mereka menggunaka­n material telus seperti plastik untuk beberapa rekaan.

“Misalnya baju diperbuat daripada plastik dan hologram manakala panel skirt juga dihasilkan daripada plastik. Agar ia kelihatan cukup menarik, pemilihan warna sangat penting.

“Rona terang dengan rangkaian warna neon dan hologram seperti magenta, kuning lemon, biru firus dan hijau epal dipilih kerana ia sukar diperoleh dan nampak unik,” katanya.

 ??  ?? BLAUS dengan unsur lipatan pada lengan menjadi tanda pengenalan jenama ini.
BLAUS dengan unsur lipatan pada lengan menjadi tanda pengenalan jenama ini.
 ??  ?? KEUNIKAN pada skirt berona terang dipadankan blaus putih.
KEUNIKAN pada skirt berona terang dipadankan blaus putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia