Harian Metro

Sara pernah terima ugutan bunuh

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Pemain bola sepak beraksi tidak bagus, teman wanitanya pula diugut bunuh, ia seolah-olah seperti satu gurauan namun perkara itu benar-benar terjadi kepada Sara Salamo pada awal tahun ini.

Sara yang juga teman wanita kepada bintang

Real Madrid, Isco melalui detik mendebarka­n apabila menerima ugutan berkenaan melalui laman sosial, Twitter.

Ia disebabkan prestasi hambar Isco ketika bersama Real dan skuad kebangsaan Sepanyol, sekali gus Sara pula yang dipersalah­kan kerana mengajar teman lelakinya itu dengan kehidupan gila sebagai selebriti.

Salah satu tweet yang dilakukan oleh orang awam kepadanya berbunyi ‘anda tidak mempunyai banyak masa lagi’ dan Sara terus menyerahka­n ugutan berkenaan kepada pihak polis.

Pelakon berusia 26 tahun ini mula dihidu berpacaran bersama Isco pada 2017 selepas beberapa gambar mereka berdua dimuatnaik dalam laman sosial.

Sara yang pernah membintang­i filem ‘Wild Oats’, ‘Foam Party!’ dan

‘The Glorious Seven’ memiliki 372,000 pengikut di laman sosial, Instagram.

Sebelum ini Isco dikhabarka­n cuba untuk memikat Sara dalam tempoh beberapa bulan juga melalui media sosial apabila sering menekan butang ‘likes’ di setiap gambar yang dimuatnaik pelakon berkenaan.

Setakat ini pasangan berkenaan masih belum mempunyai anak, namun Isco yang juga berusia 26 tahun memiliki seorang cahaya mata lelaki, Francisco Alarcon Calderon ketika berpasanga­n bersama Victoria Alarcon.

Hubungan Isco bersama Victoria hanya bertahan selama lima tahun apabila mereka berpisah pada 2015 dan menurut sumber gadis kelahiran Malaga itu sangat aktif di media sosial.

Victoria sering memuatnaik gambar di laman Twitter ketika bersama rakannya, keluarga dan sudah tentu dengan Isco walaupun pada satu ketika mereka sentiasa merahsiaka­n hubungan mereka.

Antara gambar yang sering menjadi tatapan dan diingati peminat ialah sambutan Hari Krimas yang romantik di Paris ketika mereka hangat bercinta.

Ketika Isco menandatan­gani kontrak bersama Real, Victoria juga hadir memberikan sokongan moral walaupun majlis seperti itu hanya dihadiri oleh orang kenamaan.

Selepas berpisah dengan Victoria, bekas pemain Malaga dan Valencia itu juga pernah dikaitkan dengan model ternama, Carmen Munoz.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia