Harian Metro

JANGAN JADIKAN BOLA SEPAK PEPERANGAN EGO

-

serta pegawai bola sepak peringkat SUKMA.

Mereka sebenarnya terbawa-bawa dengan gah acara bola sepak SUKMA, akibat tidak mampu mengawal perasaan dengan menjangkak­an pingat emas adalah segala-galanya dalam karier mereka.

Sedangkan itu pegangan cetek dan tidak benar sama sekali.

Sama ada tidak puas hati dengan keputusan pengadil mahu pun pemain pasukan lawan bermain ‘kasar’, semua itu seharusnya mampu ditangani dengan mengutamak­an semangat kesukanan yang tulen.

Tindakan tegas sewajarnya perlu diambil, termasuk menerusi saluran badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), supaya insiden buruk perlawanan JohorTeren­gganu di Tanjung Malim tidak berulang.

Masalahnya, pergaduhan serius dalam acara bola sepak SUKMA tetap berulang. Apa yang berlaku pada perlawanan peringkat kumpulan Isnin lalu, tidak boleh diperbetul­kan lagi. Bentuk tindakan FAM atau badan lain yang berkenaan yang mungkin sudah diambil, semuanya agak terlambat.

Yang lebih penting selepas ini ialah jurulatih, pengurus dan pegawai dalam acara bola sepak SUKMA mengendali­kan pasukan mereka dengan bijaksana agar pemainpema­in tidak tertekan serta terbeban dengan kehendak kontinjen negeri masingmasi­ng.

Sikap “ingin menang” itu memang perlu dalam diri atlet, namun juga penting untuk jurulatih menyampaik­an elemen lain yang lebih holistik untuk masa depan karier mereka seperti integriti, rendah diri serta prestasi permainan.

Kalah menang adat pertanding­an. Kemenangan dalam perlawanan SUKMA bukan segala-galanya hingga mencemarka­n imej bola sepak di peringkat belia. Malah, pemainpema­in bola sepak SUKMA perlu sedar bahawa martabat temasya SUKMA itu lebih utama daripada api kemarahan mereka.

Justeru, kontinjen negeri bertanding dalam SUKMA perlu memastikan acara bola sepak tidak menjadi peperangan ego. Bukan rahsia bahawa ada dalam kalangan jurulatih, pegawai dan penyokong juga ibarat menambah ketegangan sesebuah pasukan bila tibanya bola sepak SUKMA.

Tahun 2004, pergaduhan juga berlaku pada perlawanan di antara tuan rumah Negeri Sembilan dan Kelantan. Dalam insiden itu penyokong juga dilapor turut mencetuska­n kekecohan hingga mencemarka­n SUKMA edisi ke-10.

Hanya dua tahun lalu, pergaduhan acara bola sepak juga memberi gambaran negatif terhadap temasya yang menjadi pendedahan dan batu loncatan buat atlet-atlet muda negara.

Temasya SUKMA Ke-16 di Sarawak 2016, dicemari pula dengan pergaduhan pemain Johor dan Sabah di peringkat suku akhir. Barangkali ada juga pergaduhan bola sepak dalam temasya SUKMA lain yang tidak dilaporkan secara meluas sebelum ini.

Kita akur bola sepak juga sukan yang fizikal, namun kekerapan berlaku pergaduhan dalam acara bola sepak SUKMA sangat menjengkel­kan. Apatah lagi apabila melihat kelibat pemain-pemain belasan tahun bertaraf negeri, bagaikan hilang pedoman bertendang terajang, tumbuk menumbuk di antara mereka.

Semestinya mereka perlukan bimbingan yang waras daripada semua pihak, khususnya jurulatih. Jangan pula ada pegawaipeg­awai pasukan yang tidak mampu menyerap tekanan kehendak kontinjen dalam acara yang mendapat liputan media agak meluas.

Banyak lagi prestasi cemerlang atlet dan sukan lain yang lebih menyeronok­kan dalam temasya SUKMA. Kita mahu menikmati prestasi kemampuan atlet bersukan, bukannya keghairaha­n menggila seperti yang berlaku dalam acara bola sepak di Seremban (2004), Sarawak (2016) dan Perak (2018). Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia