Harian Metro

SIMBOL CINTA SANDRO-MICHELE

-

Spy Bola tumpang bangga dengan kejayaan pemain import Kedah, Sandro da Silva mengeluark­an produk wangian jenama sendiri yang dilancarka­n di Alor Setar, Sabtu, minggu lalu.

Wangian jenama SM itu adalah gabungan pangkal nama Sandro dan isterinya, Michele Franca. Pada Spy Bola, pemilihan nama itu memang tepat sebagai simbol cinta pasangan ini yang memang terkenal sebagai ‘loving couple’.

Menurut Sandro, idea mengeluark­an produk berkenaan dicetuskan oleh isterinya sendiri yang juga dianggapny­a sebagai ‘hadiah’ kepada peminat yang menyokong kerjayanya sejak dia mewakili Kedah pada 2015.

“Bila Michele mencadangk­an supaya kami mengeluark­an wangian, saya fikir ia idea yang sangat bagus kerana sekurang-kurang saya dapat meninggalk­an sesuatu kepada peminat di sini sebagai kenangan. Dengan bantuan seorang rakan, akhirnya lahirlah wangian SM.

“Saya benar-benar gembira kerana tidak pernah terfikir akan memiliki produk jenama sendiri. Ini juga langkah permulaan untuk saya menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan masa depan,” ujarnya.

Sandro berkata, dia membelanja­kan antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk merealisas­ikan impian itu dengan mengeluark­an hampir

1000 unit wangian sebagai permulaan. Ia dijual pada harga RM79 seunit.

“Buat masa ini pasaran belum meluas kerana kami hanya melakukan jualan secara terus. Kami bercadang membina laman web serta menggunaka­n medium alam maya yang lain sebagai landasan pemasaran.

“Mungkin selepas berakhir musim bola sepak, saya akan mengadakan sesi bertemu peminat untuk mempromosi wangian ini. Apa pun untuk masa ini tumpuan saya adalah memastikan Kedah layak ke suku akhir Piala Malaysia,” kata Sandro.

Spy Bola yakin hubungan yang sangat rapat dengan penyokong akan memudahkan Sandro melariskan produknya itu. Spy Bola: Saudagar minyak urat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia