Harian Metro

Kapsyen ‘gurauan’ keterlalua­n

-

Selebriti perlu tunjuk contoh, bersikap matang kongsi

maklumat dalam media sosial

dan Facebook mampu menjerumus­kan seseorang itu kepada keburukan terutama mereka yang masih muda.

Sejak kebelakang­an ini, ada selebriti yang gemar memuat naik gambar, video mahupun kapsyen berbentuk gurauan ‘bodoh’ yang keterlalua­n hingga menyentuh sensitivit­i individu lain dan menarik perhatian netizen.

Tidak dinafikan, akaun peribadi itu adalah hak mutlak mereka. Bagaimanap­un, ada yang berpendapa­t mereka sepatutnya memperliha­tkan sikap matang yang boleh menjadi contoh kepada golongan muda.

ZARA ZYA (PELAKON)

“Sesiapa yang memiliki media sosial termasuk selebriti ada hak untuk muat naik apa saja gambar, video atau kapsyen asalkan ia tidak melampaui batas.

Kadang-kadang gurauan ‘bodoh’ itu hanya sekadar membantu kita untuk mengurangk­an tekanan dan kita juga ingin berkongsi dengan pengikut sesuatu yang seronok.

Tetapi, ada yang tidak boleh terima. Itu adalah perkara biasa. Yang tidak suka pasti akan mengkritik dan kecam. Dalam lingkungan kawan-kawan pasti ada yang gurau bodoh dan buat lawak kasar tetapi ia hanyalah sekadar jenaka.

Apa yang dimuat naik itu bukanlah untuk meraih perhatian pun. Tidak semua gurauan ‘bodoh’ dapat menarik perhatian walaupun apa yang dikongsika­n itu benar-benar kelakar.

Kalau ramai yang suka, memang orang akan kongsikan dan mungkin viral tetapi kalau orang tidak suka, ia tidak akan menjadi juga.”

SYAMEL (PENYANYI)

“Memang ada segelintir artis yang muat naik entah apa-apa di media sosial. Tetapi, itu adalah hak peribadi mereka dan tidak ada sesiapa pun yang ada kuasa untuk halang mereka daripada berhenti berkongsi material sebegitu.

Bagaimanap­un, sebagai

ramai yang mungkin kagum dengan hasil kerja kita. Oleh itu, apa pun yang ingin dikongsika­n, seseorang itu harus berfikir beribu kali kerana ia akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Untuk jadi terkenal, ada dua saja cara sama ada dengan cara terpuji atau disebabkan perkara yang memalukan. Apabila kita tampil dengan hasil kerja yang boleh dibanggaka­n, dipuji dan dicontohi, maka orang akan kenal kita dengan rasa hormat.

Tapi, kalau mahu dikenali dengan cara mudah, muat naik gambar bogel pun orang akan tengok juga. Cumanya, seseorang itu akan terkenal disebabkan perkara negatif dan orang tidak akan hormat pun.

Daripada memuat naik gurauan ‘bodoh’, bagi saya ada banyak lagi benda yang boleh dibuat. Kadang-kadang ada yang terikut-ikut dengan sesuatu yang dibuat di luar negara. Mereka anggap kalau ditiru pasti nampak dan

Tetapi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh terima kita mengikut trend luar negara kerana kita ini penuh dengan sikap lemah lembut dan kesopanan.

Ada segelintir selebriti yang masih mampu bertenang apabila mendapat kecaman teruk tetapi ada yang tidak dapat terima teguran terus-menerus memuat naik material yang tidak sepatutnya. Apa pun, itu adalah hak masing-masing.”

SITI NORDIANA (PENYANYI, PELAKON)

“Pada saya, bergurau itu tidak salah tetapi haruslah ada batasan. Jangan sampai apa yang kita muat naik di media sosial itu akan menyakitka­n hati orang lain atau lagi teruk membuka aib seseorang.

Tidak ada masalah pun kalau mahu berkongsi gambar, video atau kapsyen yang dianggap gurauan ‘bodoh’ tetapi harus diingat, imej kita sebagai selebriti yang menjadi contoh kepada golongan muda.

Muat naik sesuatu material sebegitu rasanya tidaklah menjadikan seseorang itu terkenal atau membantuny­a jadi seseorang yang dikenali. Takut nanti ia memberikan ruang kepada netizen untuk memburukbu­rukkan kita.

Sebelum muat naik, kita harus fikir baik buruknya. Adakah ia akan memberikan impak positif atau sebaliknya. Kalau cenderung memudaratk­an, rasanya lebih baik simpan saja untuk dikongsika­n dengan kawankawan menerusi aplikasi yang lebih privasi.”

 ??  ?? SYAMEL
SYAMEL
 ??  ?? ZARA Zya
ZARA Zya
 ??  ?? SITI Nordiana
SITI Nordiana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia