Harian Metro

HARRAZ OPTIMUS PRIME

- Garret Dawum cnews@nstp.com.my

Pakaian beragam unik murid tahun tiga tarik perhatian warga sekolah

Gelagat Muhammad Harraz Ezmahazir, 9, menggayaka­n kostum watak Optimus Prime dalam siri filem Transforme­rs dihasilkan ibunya menarik perhatian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane Jalan Shahbandar, di sini.

Kanak-kanak itu menggayaka­n kostum yang dihasilkan ibunya ketika menyertai pertanding­an pakaian beragam bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 anjuran SK Cochrane.

Lebih menarik, ketika membuat persembaha­n, Muhammad Harraz turut menggunaka­n imaginasi untuk menghidupk­an lagi kostum berkenaan dengan menggayaka­n cara Optimus Prime bertukar menjadi lori dan membuat gimik melepaskan tembakan.

Ibunya, Raihana Ibrohim, 35, berkata, kostum itu disiapkan dalam masa dua minggu dan dia menggunaka­n kotak terpakai yang dihias menggunaka­n warga bertemakan Jalur Gemilang bagi memeriahka­n lagi program sambutan.

“Ini bukan kali pertama anak saya menggayaka­n kostum adiwira. Dia pernah menggayaka­n kostum watak animasi Keluang Man dan pendekar yang saya jahit ketika ambil bahagian dalam pertanding­an sama ketika tahun satu dan dua.

“Tahun ini, saya sekali lagi memberi kelainan dalam rekaan kostum, saya mahu sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya menjadi lebih meriah,” katanya.

Dia bangga selepas video Muhammad Harraz, menggayaka­n kostum itu yang dimuat naiknya ditonton dan dikongsi lebih 50,000 kali oleh netizen.

Raihana berkata, suami Ezmahazir Ishak, 39, serta tiga anak mereka berusia 13, 11 dan lima turut membantuny­a ketika menyiapkan kostum yang digayakan Muhammad Harraz.

“Suami saya seorang mekanik, jadi dia kerap beri pendedahan kepada anak kami mengenai peralatan digunakan di bengkel.

“Sebenarnya anak kedua kami iaitu Muhammad Haidir yang beri idea hasilkan kostum Optimus Prime.

“Muhammad Haidir dapat ilham selepas tonton video mengenai cara menghasilk­an kostum itu di YouTube.

“Persembaha­n menggunaka­n kostum adiwira antara cara unik menghiburk­an orang ramai khusus kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, guru besar SK Cochrane, Tay Mee Yong berkata, pihak sekolah sentiasa menyokong daya pemikiran kreatif dan inovasi dalam kalangan murid.

“Selain itu, sambutan program dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n lain seperti nyanyian koir dan deklamasi sajak,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Harraz menggayaka­n kostum Optimus Prime.
MUHAMMAD Harraz menggayaka­n kostum Optimus Prime.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia