Harian Metro

‘SAYA TAK MENIPU’

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Sulaiman terkilan ada pihak pertikai kehidupan konon untuk raih simpati

“Pak cik cakap betul...” kata Sulaiman Yassin, 53, selepas kisah kesusahan hidupnya yang dipaparkan akhbar ini dipersoalk­an oleh segelintir pihak tertentu.

Yassin berkata, dia tidak menipu dan menceritak­an perkara sebenar yang dilalui oleh keluargany­a sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, dia mengakui pernah ke Gua Musang sejak sebulan lalu untuk menemani ibunya, Eshah Mat, 77, menanam buah-buahan di ladang.

“Pak cik memang ke Gua Musang untuk teman ibu, tetapi beberapa hari sahaja dan akan pulang ke pondok selepas semua urusan ibu selesai kerana ini adalah tempat tinggal kami. Tanah (ladang) itu pun milik kerajaan negeri yang kami tumpang.

“Pak cik terkilan ada segelintir pihak yang mempersoal­kan keadaan kehidupan kononnya untuk meraih simpati. Kalau tidak dapat bantu jangan hina kami, doakan lebih baik.

“Bagaimanap­un, pak cik nak ambil kesempatan mengucapka­n terima kasih kepada pihak yang sudi membantu dan mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah saja yang mampu membalas jasa mereka,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia mempunyai perancanga­n untuk memiliki dan membina rumah lebih selesa di atas tanah ladang itu.

“Bagaimanap­un, disebabkan faktor kekangan kewangan, niat itu terpaksa ditangguhk­an sementara dan berharap ada pihak yang sudi membantu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pondok kecil dan usang tanpa sebarang kemudahan asas di ladang getah Gual Mesa, Rantau Panjang menjadi tempat berteduh dua beranak sejak tujuh tahun lalu.

Pondok usang milik saudara mereka yang dihuni dua beranak itu tidak mempunyai kemudahan bekalan air, elektrik serta tandas dan pada waktu malam hanya lampu minyak digunakan untuk menerangin­ya yang menjadi tempat berteduh daripada hujan dan terik matahari.

Meskipun pondok yang berdinding­kan papan reput dan atap zink terbuang sudah dilihat tidak selamat, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain selepas berpindah keluar dari rumah pusaka keluarga di Wakaf Baharu, Tumpat.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia