Harian Metro

55 TAHUN IRAMA DISANJUNG

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Lagu Sabah Tanah Airku yang menjadi lagu kebesaran rasmi Sabah berkumanda­ng selama 55 tahun sejak negeri ini ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara.

Bagaimanap­un, mungkin ramai terutama generasi muda masih tidak tahu sejarah dan siapa penggubah lagu kebesaran negeri ini yang dicipta begitu indah dengan bait-bait lirik penuh semangat patriotik.

Mengupas mengenainy­a kepada Harian Metro, Pengarah Arkib Sabah, Mohd Said Hinayat berkata, lagu Sabah Tanah Airku pada asalnya dikenali sebagai Sabah yang digubah HB Hermann dari Geyland Road, Singapura.

“Lagu Sabah Tanah Airku sebenarnya adalah lagu kebesaran negeri ini dan pada asalnya dikenali sebagai Sabah. Pada 16 Mei 1963, lagu ciptaan Hermann ini menang pada satu pertanding­an di Borneo Utara.

“Lagu itu turut diumumkan sebagai lagu kebesaran Sabah (Borneo Utara ketika itu) selepas mengatasi 34 peserta lain dari Malaya, Singapura dan Brunei. Buat julung kalinya, pada masa itu, lagu berkenaan dimainkan oleh pancaragam polis Borneo Utara.

“Buat pertama kalinya lagu itu berkumanda­ng di radio pada 18 Julai 1963,” katanya sambil menambah, salinan asal lirik lagu ciptaan Hermann turut disimpan di Arkib Sabah.

Lagu ini dikatakan dipasang setiap hari di corong radio di Borneo Utara pada awal Julai 1963 sehingga tarikh perisytiha­ran Malaysia pada 16 September 1963.

Dikatakan, pemimpin Sabah pada waktu itu, Allahyarha­m Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarha­m Tun Mohd Fuad Stephen yang mengarahka­n pasukan Pancaragam Polis Tentera Borneo Utara pada masa itu untuk mengadakan pertanding­an penciptaan lagu rasmi negeri ini.

Mohd Said berkata, walaupun lagu itu digubah oleh orang luar tetapi ia diterima sebagai lagu kebesaran negeri dan perlu dihormati.

“Saya fikir untuk menyanyika­n

Lagu Sabah Tanah Airku ciptaan Hermann dari Singapura menang pertanding­an di Borneo Utara

lagu ini tiada masalah, semua boleh menyanyi tetapi mungkin secara mendalam siapa penggubahn­ya dan sejarah lagu ini, mungkin ramai tidak tahu. Ini yang kita mahu agar lebih ramai tahu sejarah negeri termasuk lagu Sabah Tanah Airku,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat mengalu-alukan pihak yang menyimpan sejarah mengenai Sabah atau mahu membuat kajian bagaimana Sabah mendapat namanya.

“Jika ada yang mahu menyumbang, kami juga alu-alukan. Kami mahu lebih banyak bahan atau maklumat termasuk gambar untuk disimpan dan menjadi pameran di Arkib negeri,” katanya.

 ??  ?? MOHD Said menunjukka­n keratan akhbar lama tertera gambar Hermann.
MOHD Said menunjukka­n keratan akhbar lama tertera gambar Hermann.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia