Harian Metro

30,000 dijangka rai Hari Malaysia

-

Kira-kira 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahka­n Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 di Padang Merdeka di sini, Ahad ini.

Sambutan ulang tahun pembentuka­n Malaysia ke-55 itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri pemimpin kerajaan Sabah, Sarawak serta Persekutua­n.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan berkata, lebih 800 murid dan pelajar sekolah sekitar daerah ini akan mempersemb­ahkan tarian khas yang disusun Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Selain itu, katanya, pelbagai acara dan pengisian dirancang bagi memeriahka­n sambutan termasuk ucapan amanat dan perasmian oleh Perdana Menteri serta acara menandatan­gani Buku Catatan Hari Malaysia 2018 sebagai simbolik kepada penubuhan Malaysia pada 1963.

“Kami jangka lebih 30,000 pengunjung akan memeriahka­n sambutan yang bermula pada jam 7 petang dan dijangka selesai jam 12 tengah malam.

“Dalam pada itu, kita juga menyediaka­n perkhidmat­an pengangkut­an bas berganti-ganti (shuttle) dari tiga lokasi untuk menggalakk­an kehadiran orang ramai, selain mengurangk­an kesesakan lalu lintas,” katanya ditemui pada raptai sambutan Hari Malaysia semalam.

Hashim berkata, tiga lokasi itu ialah Masjid Negeri Sabah-Padang Merdeka, KK Central-Padang Merdeka dan Stadium Likas-Padang Merdeka bermula jam 4 petang sehingga jam 6 petang serta jam 10.30 malam hingga jam 12.30 tengah malam.

Sementara itu, penari cilik, Presley Hery, 8, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris, Tanjung Aru berkata, dia teruja untuk mempersemb­ahkan tarian pada sambutan berkenaan.

“Ini kali pertama saya menyertai program ini dan seronok kerana persembaha­n akan disaksikan ribuan orang termasuk pemimpin negara.

“Saya dan rakan lain akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Seorang lagi peserta tarian, Ary Daniella Mohd Hanafiah, 10, dari SK Mutiara berkata, ini kali kedua dia menyertai acara sambutan berkenaan selepas kali pertama tahun lalu.

Katanya, dia gembira kerana terpilih bagi membuat persembaha­n untuk empat gerak tari pada malam sambutan berkenaan.

 ??  ?? PENARI dan pelajar sekolah ketika sesi latihan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018.
PENARI dan pelajar sekolah ketika sesi latihan sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia