Harian Metro

KEDAI BERAPI

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Ratusan peniaga warga asing panik premis di Jalan Silang terbakar

Ratusan peniaga Bangladesh yang memonopoli perniagaan di sepanjang Jalan Silang di sini, panik apabila salah sebuah premis menjual barangan elektrik di kawasan itu terbakar mendadak.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, peniaga berhampira­n kelam-kabut memindahka­n barang perniagaan berikutan bimbang turut dijilat api.

Bagaimanap­un, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya memadamkan api, sekali gus mengelak kebakaran merebak ke premis bersebelah­an.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.34 tengah hari semalam.

“Seramai 22 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak namun tindakan pantas anggota bomba memadamkan kebakaran menghalang kebakaran merebak ke tingkat atas bangunan,” katanya.

Khirudin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.24 petang tadi (semalam). Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian

ini. Harian Metro sebelum ini pernah mendedahka­n kegiatan penjualan ubat-ubatan seludup dari Bangladesh selain aktiviti doktor palsu yang aktif di kawasan itu.

Susulan pendedahan itu, pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bertindak melakukan serbuan dan tangkapan di lokasi berkenaan pada 29 Ogos lalu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kedai menjual peralatan elektrik di Jalan Silang, semalam.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kedai menjual peralatan elektrik di Jalan Silang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia