Harian Metro

KESAN DNA PADA LAMPIN

- Iskandar Shah Mohamed cnews@nstp.com.my

Seorang bekas pengawal keselamata­n diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas pertuduhan membunuh seorang ibu muda yang masih dalam pantang bersalin, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Azmirul Shamsuddin, 39.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu didakwa membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, yang juga rakan serumahnya di Pangsapuri Mentari Court, Sungai Way, Petaling Jaya pada jam 8.22 malam, 4 Mac 2015.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd Azman dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah berpuas hati dengan elemen bahawa tertuduh menyedari perbuatan itu boleh menyebabka­n kematian mangsa.

“Berdasarka­n hujahan pendakwaan, asid deosiribon­ukleik (DNA) tertuduh ditemui pada kain lampin bayi (yang diikat bagi menutup mulut mangsa).

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dilakukan oleh tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Mohd Hilmi. Mahkamah menetapkan tarikh pada 24 September depan untuk membela diri.

Seramai 14 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraa­n yang bermula sejak Januari tahun ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan dan kakinya terikat bersama bayi perempuann­ya berusia sebulan setengah yang tidur di sisinya.

Kejadian itu disedari suami mangsa yang baru pulang bekerja selepas mendapati pintu rumah berkunci dari dalam.

Beliau sebelum itu terpaksa memecahkan pintu rumah selepas gagal dibuka dengan kunci malah panggilann­ya turut tidak dijawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia