Harian Metro

TAASUB MELAMPAU

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Percaya kononnya Imam Mahdi akan muncul di Makkah pada tahun ini, sekumpulan lima lelaki tempatan mendakwa mahu bergabung dengan tentera Imam Mahdi bagi menentang negara sekular dan dajal.

Lima lelaki yang menganggot­ai sebuah kumpulan dikenali sebagai Asoib (Pemuda dari Timur) bagaimanap­un ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas merancang bergabung dengan satu kumpulan pengganas dari Timur Tengah bagi melancarka­n serangan di sebuah negara bersempada­n dengan Arab Saudi.

Semua mereka ditahan dalam operasi di Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya melancarka­n operasi di Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang bermula 11 Ogos hingga 31 Ogos lalu sebelum menahan 10 suspek yang disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas.

Beliau berkata, semua suspek membabitka­n dua sel berasingan yang merancang untuk menyertai kumpulan pengganas di sebuah negara Timur Tengah selain merancang melancarka­n serangan di tempat maksiat di Melaka dan Pulau Pinang.

“Tangkapan pertama membabitka­n sel dianggotai lima suspek dikenali kumpulan Asoib berusia dari 39 tahun hingga 53 tahun.

“Mereka merancang bergabung dengan satu kumpulan pengganas dari negara di Timur Tengah bagi melancarka­n serangan. Sel ini akan dibekalkan dengan pelbagai senjata sejurus tiba di sana,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, seorang anggota Asoib berlepas ke negara berkenaan bagi membuat persiapan dan menyelaras operasi serangan.

“Kumpulan ini memberi tafsiran salah terhadap hadis yang mana mereka mempercaya­i Imam Mahdi akan muncul di Makkah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi sel ditahan membabitka­n lima

Lima mahu bergabung dengan tentera Imam Mahdi untuk perangi negara sekular ditahan

anggota kumpulan dikenali Ar Rayah Member berusia antara 18 dan 50 tahun.

“Suspek utama sel ini merancang melancarka­n serangan bom asap di tempat maksiat di sekitar Melaka bagi menimbulka­n suasana panik dan gempar kepada pengunjung dengan harapan akan mendatangk­an kecederaan. Lima bom asap yang siap diproses dirampas.

“Susulan tangkapan suspek utama pada 25 Ogos di Melaka, polis menahan empat lagi pada 31 Ogos di Kelantan dan Pulau Pinang. Tangkapan terhadap seorang lelaki warga asing mendapati dia mempromosi­kan perjuangan kumpulan mereka melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM.
ANTARA suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia